All Together Now 2022

ATNM2: Syafinaz Gembira Fieqa Terima Teguran, Minta Netizen Hentikan Kecaman!

Shahrin Zulkifle
21/12/2022
08:00 MYT
Sponsor Banner
ATNM2: Syafinaz Gembira Fieqa Terima Teguran, Minta Netizen Hentikan Kecaman!

Kapten All Together Now Malaysia Musim ke-2 (ATNM2), Datuk Syafinaz Selamat mengakui gembira apabila salah seorang peserta program tersebut, Fieqa yang menjadi tular baru-baru ini terbuka menerima tegurannya.

Kata Syafinaz, sebagai seorang yang lebih dewasa sudah menjadi tanggungjawab untuk menegur golongan yang lebih muda sekiranya melakukan kesilapan selain dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga adab.

“Saya gembira adik menerima teguran saya dan Catriona Rose dengan hati terbuka.

“Sebagai orang lebih dewasa dan matang, adalah menjadi tugas kami (juri ATNM2) untuk menegur dengan cara yang sebaik dan selembut boleh bagi memperbaiki kesilapan (secara sengaja mahupun tidak sengaja) adik-adik yang baru ingin berjinak dalam bidang ini khususnya dan menyadarkan masyarakat secara amnya,” katanya.

Syafinaz mengulas perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories miliknya baru-baru ini.

Dalam masa sama, pelantun lagu Ingin Bersamamu itu turut menasihati orang ramai agar menghentikan keceman ke atas gadis berusia 16 tahun itu.

“Setiap manusia sentiasa membuat kesilapan. Yang penting adalah keinginan dan usaha setiap individu untuk memperbaiki diri sendiri.

“Saya amat simpati kepada adik kerana mendapat keceman yang begitu hebat daripada netizen.

“Buat semua, hentikan kecaman dan cara penulisan yang toksik dan berikan ruang untuk adik Fieqa memperbaiki dirinya. Kita ambil iktibar daripada situasi ini untuk memperbaiki diri sendiri,” tambahnya.

Terdahulu, nama Fieqa menjadi sorotan wargamaya selepas tindakanya menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang juri ATNM2, Catriona Ross dilihat sedikit tidak beradab. Malah Fieqa turut menerima keceman hebat daripada netizen di seluruh media sosial.

Bagaimanapun, ketegangan yang berlaku antara Fieqa dan Catrriona Ross sudahpun selesai selepas mereka berdua bertemu secara empat mata bagi memperbetulkan keadaan tersebut.

BACA: ATNM2: Isu Biadap Ketika Penjurian, Catriona & Fieqa Bersemuka - “Saya Terkejut, Sayangnya Baru 16 Tahun…”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar