Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

12 Tahun Kahwin, Wulan Guritno Dedah Alasan Minta Cerai

Maliah Surip 25/08/2021 | 10:45 MYT
Pelakon Indonesia yang juga bekas juri Maharaja Lawak Mega, Wulan Guritno akhirnya berkongsi kisah di sebalik penceraian dengan suaminya, Adilla Dimitri.
Pasangan ini rasmi bercerai pada April lalu selepas 12 tahun hidup bersama. Penceraian ini menjadikan Wulan memegang status janda atau ibu tunggal buat kali kedua.
Selepas beberapa bulan tidak memberi respons terkait penceraiannya dengan Adilla yang mengejutkan ramai, wanita berusia 40 tahun itu akhirnya mengalah.
"Dari awal memang kami sudah berjanji untuk saling menjaga rahsia (penceraian) dan jika itu terjadi (bocor) then it's gonna be a different story.
"Jadi begini, kami memang memang tidak ditakdirkan untuk menjadi sepasang suami isteri.
"We are not meant to be for husband and wife," kata pemilik nama sebenar Sri Wulandari Lorraine Guritno ini kepada Kompas.
Walau tidak menjelaskan secara terperinci sebab perpisahan mereka, Wulan yang mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup bersama mantan suaminya itu mengaku sekuat mana cuba mempertahankan rumah tangga, ia tetap roboh akhirnya.
Malah dia mengatakan sempat tidak ingin berpisah, walau dirinya yang meminta diceraikan.
"Sehingga setelah pertimbangan panjang, kami sepakat untuk memilih berpisah dan membesarkan anak-anak bersama.
"Mempertahankan ini (rumah tangga) mungkin akan lebih merosak saya dan merosak Dilla, if we can be a better person dengan tidak bersama," tutur Wulan.
Wulan dan Adilla berkahwin pada 2009. Sepanjang perkahwinan, rumah tangga mereka jarang diterpa gosip. Sebelumnyam Wulan pernah menikah dengan Attila Syach pada 1998 dan bercerai pada 2002. Mereka dikurniai seorang anak perempuan bernama Shaloom Razade.
Instagram: @wulanguritno
#pelakon #cerai #Indonesia #Maharaja Lawak Mega #Wulan Guritno
;