Berita

12 Termasuk Enam Anak Kapal Qatar Airways Cedera Selepas Alami Gelora Udara

Awani
27/05/2024
01:41 MYT
Sponsor Banner
12 Termasuk Enam Anak Kapal Qatar Airways Cedera Selepas Alami Gelora Udara
Kira-kira 12 termasuk enam anak kapal penerbangan Qatar Airways cedera selepas mengalami kejadian gelora udara dari Doha ke Ireland.
Pihak berkuasa Lapangan Terbang Dublin pada Ahad berkata, bagaimanapun pesawat itu mendarat dengan selamat dan seperti yang dijadualkan.
Penerbangan QR017, Boeing 787 Dreamliner, mendarat pada jam 1 tengah hari waktu tempatan.
Sebaik sahaja mendarat, pasukan kecemasan dan polis lapangan terbang memberikan bantuan ke atas enam penumpang dan enam anak kapal.
Laporan awal mendapati, gelora udara berlaku ketika pesawat itu merentasi ruang udara Turki.
Penyiar Ireland RTE, memetik penumpang yang tiba di lapangan terbang, berkata kejadian itu berlaku kurang daripada 20 saat ketika anak-anak kapal sedang menyediakan makanan dan minuman.
Qatar Airways berkata dalam satu kenyataan bahawa "sebilangan kecil" penumpang dan anak kapal mengalami kecederaan ringan semasa penerbangan dan sedang menerima rawatan perubatan.
Syarikat penerbangan itu tidak mengulas secara langsung mengenai gelora udara itu, tetapi berkata pihaknya akan melakukan siasatan dalaman.
Minggu ini, seorang maut manakala puluhan cedera selepas pesawat Singapore Airlines dari London ke Singapura terpaksa mendarat di Bangkok akibat gelora udara teruk.
Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang Maut Selepas Penerbangan Singapore Airlines Dari London Dilanda Gelora Udara

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Mangsa Insiden Pesawat SIA Terima Mesej ‘Kata-Kata Terakhir’ Anak - “Ia Sangat Menakutkan…”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar