Hiburan

14 Tahun Kahwin, Aqasha Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri Sempena Anniversary - “Terima Kasih Bertahan Dengan Lelaki Yang Memilih Kesederhanaan…”

Khairil Khusyairi
10/10/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
14 Tahun Kahwin, Aqasha Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri Sempena Anniversary - “Terima Kasih Bertahan Dengan Lelaki Yang Memilih Kesederhanaan…”
Pelakon Aqasha mencuri tumpuan apabila membuat ucapan manis kepada isteri tercinta, Baizura Sabri.

Ucapan Istimewa Aqasha Buat Isteri

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akasyya Rosli menitipkan ucapan istimewa buat isteri sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 tahun hari ini.
“Dear @baizuras… hari ini genap 14 tahun kita bersama demi Allah.

“Anda telah menjadi teman yang luar biasa. Yang sempurna untuk saya. Saya percaya kita telah belajar banyak daripada satu sama lain,” titipnya.

Isteri Patuh & Setia Bersama

Kongsi pelakon filem Embun itu lagi, dia juga berterima kasih kepada isterinya itu yang sanggup bertahan bersama sehingga kini.

“Terima kasih kerana menerima & bertahan dengan seorang lelaki yang memilih kesederhanaan sebagai jalan hidupnya.

“Terima kasih kerana telah menjadi isteri yang patuh, setia & bersedia bersama suaminya dalam apa pun cabaran yang hidup berikan.

“Sepertimana Palestin terus bertahan dengan kecelakaan sikap dunia & sekelilingnya.... kita juga harus terus bertahan.

“Seperti akar pohon, walau tak kelihatan...tapi tetap terus kuat memasak ke bumi bersedia untuk segala macam setan, badai, taufan & pembalak haram jadah yang menyebabkan keruntuhan tanah. Semoga tuhan meredhai kita,” ungkapnya lagi.
Untuk info, Aqasha dan Baizura Sabri mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ucapan Sama Setiap Tahun” - Netizen Tanya Bila Afgan Dan Rossa Nak Bernikah

ARTIKEL BERKAITAN: "Sentiasa Gembira & Dimurahkan Rezeki" - Fazura Terima Sejambak Bunga & Kad Ucapan Dari Fattah Amin Sempena Birthday

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

ARTIKEL BERKAITAN: Ziana Zain Sebak Dengar Ucapan Anak - “Jangan Risau Mama, Kami Adik Beradik Ada…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf Untuk Apa Yang Telah Berlaku” - Abang Tesla Titip Ucapan Buat Isteri Pertama Sempena …

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar