28 Maut Pesawat Jeju Air Terhempas
Sekurang-kurangnya 28 orang maut selepas sebuah pesawat terbang keluar dari landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan Korea Selatan.
Memetik laporan antarabangsa, kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand, mendarat di lapangan terbang di selatan negara itu.
Dua orang ditemui selamat ketika misi menyelamat dilaksanakan.
Pihak berkuasa sedang berusaha untuk menyelamatkan mangsa di bahagian ekor pesawat.
Gambar yang dikongsi oleh media tempatan menunjukkan asap dan api menyelubungi bahagian pesawat.
Pemangku Presiden Choi Sung-mok, yang dinamakan sebagai pemimpin sementara negara pada Jumaat selepas pemangku presiden sebelum ini dipecat di tengah-tengah krisis politik yang berterusan, mengarahkan usaha menyelamat habis-habisan.
Jurucakap Jeju Air berkata syarikat penerbangan itu sedang menyemak laporan itu.
Sumber: Astro Awani