Laman Utama

“3 Bulan Sekali Cuti”- Cari Pembantu Melayu, Ramai Nak Kerja Dengan Rebecca Nur Al-Islam

Syafiqah Jalal
12/10/2021
08:34 MYT
Sponsor Banner
“3 Bulan Sekali Cuti”- Cari Pembantu Melayu, Ramai Nak Kerja Dengan Rebecca Nur Al-Islam
Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam membuka peluang pekerjaan kepada bangsa Melayu untuk menjadi pembantu dan pengasuh buat anak-anaknya.
Menerusi akaun Instagram miliknya, dia memaklumkan pekerjaan serta gaji yang ditawarkan bagi yang berminat.
“Ada sesiapa yang berminat nak bekerja dengan Mummy Becca(Rebaaca) sebagai pembantu untuk anak-anak di rumah?
“Gaji atas RM1,000. Tiga bulan sekali cuti. Selepas tiga bulan naik gaji.
“Waktu bangun 6 pagi kemudian solat dan menjaga anak-anak serta mengemas rumah tetap lebih kepada menjaga anak,” tulisnya.
Pun begitu, Rebecca turut menyenaraikan syarat-syarat lain yang antaranya menitik beratkan ibadah solat untuk pekerjanya.
“Syarat-syarat, Melayu, jujur, ikhlas, suka kanak-kanak, rajin, umur 19-30 tahun, suka senyum dan solat jangan tinggal,” maklumnya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata tertarik dengan tawaran kerja yang diberikan.
“Baru nak apply, umur dah terlebih lah pula,” komen salah seorang pengikutnya.
“Bestnya, tapi saya dah kahwin,” kata salah seorang warga maya.
“Nak kerja dengan Mummy Becca boleh tak?,” tanya salah seorang netizen.
Terdahulu difahamkan Rebecca mempunya tiga orang pembantu rumah.
Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 2011 dan mereka dikurniakan lapan cahaya mata termasuk dua orang anak angkat.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar