HIBURAN
Netizen Sedih Anak Itik Natasha Hudson Mati - “Tak Terfikir Aku Menangis Sebab…”
Pelakon, Natasha Hudson meluahkan rasa sedihnya selepas kehilangan haiwan ternakan kesayangan, seekor anak itik yang diberi nama Jati akibat jangkitan virus.
Menerusi perkongsian video di TikTok, pelakon itu berkongsi perasaan pilu dan memohon maaf kepada haiwan kesayangannya itu kerana tidak sempat menyelamatkannya daripada terkena virus berbahaya.
“Maafkan Tasha sebab hanya mampu buat setakat ini dan hanya diberi masa yang singkat bersama Jati. Dua hari lepas memang sangat menyedihkan dan saya tak sangka perkara ini akan berlaku,” katanya.
Tambahnya lagi, pemergian Jati memberikan kesan yang sangat mendalam dan kehilangannya sukar untuk diterima.
“Rindu pada Jati sangatlah dalam dan saya amat merindui kehadirannya. Ia sangat menyakitkan bila Allah hanya meminjamkan Jati untuk tempoh yang begitu singkat,” luahnya.
Namun, Natasha tetap tabah dan menganggap kejadian ini sebagai satu proses pembelajaran dalam menguruskan haiwan ternakan, khususnya itik.
“Ia satu proses untuk saya belajar tentang cara membela itik. Bukan sesuatu yang mudah, tetapi saya belajar banyak perkara daripadanya. Terima kasih Jati, atas kasih sayang yang awak berikan,” kongsinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih kerana mereka sentiasa melihat perkembangan pelakon itu membela anak itik kesayangannya dari awal.@natashahudsonofficial Maaf kan tasha that I could only do this much and have this much time with Jati. I have been truly sad the past 2 days and it was something I never really saw coming. Rindu pada Jati sangat la dalam and I miss her presence so deeply. It’s heartbreaking that Allah loaned her to me this short but I have to have Redha. And learn to start over. It’s a process for me to learn from to raise ducks. It’s not an easy task but at least I’m learning so much from this. Tq for your love Jati. #natashahudson #kedah #LangkawiLife #langkawi #lamgkawiisland #islandliving #KampungLife #rumahku #islandgirl #kampungku #pulaulangkawi #maderduck #ducksoftiktok🦆 #jatibidara #bidarajati #bebek #jatiandbidara #anakbebek ♬ original sound - ່
Ada juga segelintir netizen memberi cadangan kepada Tasha belajar daripada beberapa penternak moden di TikTok sebagai panduan untuk masa akan datang
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Maybe virus sis, mungkin datang dari new duck. Sepatutnya asingkan dalam masa 2-3 minggu.”
“Saya tak terfikir menangis anak itik.”
“Lepas boleh kak boleh follow advisor Nuraisha Shamsudin. Dia punya konten pasal ternakkan dan tanaman,” komen dari netizen.
BERITA BERKAITAN: Khimar Beli Di Mekah Antara Peranan Penting Dalam Titik Perubahan Diri Natasha Hudson - “Banyak Perkara Yang Telah…”
BERITA BERKAITAN: Natasha Hudson Selamat Bersalin, Syukur Dikurniakan Seorang Lagi Cahaya Mata - “Saya Melihat Ke Hadapan Untuk Lebih Menikmati Momen…”
BERITA BERKAITAN: Isu Tanggal Tudung, Natasha Hudson Akhirnya Buka Mulut - “Jangan Ada High Expectation For Us, Ia Boleh Bikin Orang Jadi Gila”
BERITA BERKAITAN: Natasha Hudson Kahwini Sahabat Lama, Akan Menetap Di Langkawi - "Saya Pilih Tidak Berada Dalam Kehidupan Silam"
Must-Watch Video