Laman Utama
3 Hari Sesak Nafas, Mia Sara Dikejarkan Ke Dua Buah Hospital! - "Kini Stabil, Saya Didiagnos Ada ..."
Pelakon remaja Mia Sara Nasuha memaklumkan keadaan terkininya sudah stabil selepas dikejarkan ke hospital semalam akibat sesak nafas.
Dedah Mia Sara, 17, dia disahkan mengalami serangan panik dan anxiety apabila sukar bernafas sejak tiga hari lalu.
"Alhamdulillah sudah semakin baik. Saya disahkan mengalami serangan panik yang teruk dan anxiety.
"Selain itu, saya susah bernafas sejak tiga hari berturut-turut namun sekarang sudah stabil. Terima kasih atas doa dan ucapan kalian," tulisnya di Instagram kedua @miyebersare pada Khamis.
Lewat malam tadi, bintang filem Papa I Love You itu memaklumkan telah dikejarkan ke dua buah hospital namun telah dibenarkan keluar selepas lapan jam pemantauan.
"Mia Sara telah dikejarkan ke dua buah hospital petang semalam kerana rasa kurang selesa di dada dan mengalami kesukaran bernafas.
"Dia telah dibenarkan keluar selepas 8 jam pemantauan dan sekarang sedang berehat di rumah," maklum hantaran di akaun rasmi Mia Sara Nasuha menerusi pengurusnya.