Laman Utama

4 Tahun Bersama, Jennifer Lopez & Alex Rodriguez Putus Tunang! Semua Gara-Gara...

Amri Hassan
13/03/2021
02:50 MYT
Sponsor Banner
4 Tahun Bersama, Jennifer Lopez & Alex Rodriguez Putus Tunang! Semua Gara-Gara...
Penyanyi popular antarabangsa Jennifer Lopez dan pasangan Alex Rodriguez dikhabarkan telah memutuskan tali pertunangan mereka.
Selepas empat tahun bersama, sumber kepada pasangan Latino itu mengesahkan perkara terbabit kepada media antarabangsa.
"Mereka sibuk dengan urusan kerjaya masing-masing jadi ia bukan satu perpisahan yang menyakitkan.
"Mereka mengambil masa yang lama untuk memikirkan tentang perpisahan ini," kata sumber berkenaan kepada Page Six.
Pada Januari lalu, kecoh di laman sosial Twitter apabila ada spekulasi yang mendakwa bekas pemain besbol Yankee itu curang dengan pelakon siri televisyen Southern Charm, Madison LeCroy.
Bagaimanapun, kata LeCroy mereka hanya berhubung melalui FaceTime dan tidak bertemu antara satu sama lain.
"Dia tidak pernah curang dengan tunangnya. Saya pun tak mahu sebarang perkara buruk berlaku pada saya dan keluarga," kata LeCroy.
Sementara itu, Lopez dan Rodriguez difahamkan telah bertemu dengan pakar terapi sepanjang tempoh kuarantin baru-baru ini.
Malah, penyanyi lagu On The Floor itu menyatakan sesi terapi membantu dalam perhubungan mereka.
Lopez, 51, dan Rodriguez, 45, bertunang pada Mac 2019 selepas dua tahun berkenalan.
Sumber: Page Six
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar