Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

4 Tahun Kahwin, Ranveer Singh, Deepika Padukone 'Tak Okey'?

Amri Hassan 30/09/2022 | 02:25 MYT

Selepas hampir sedekad menyulam kasih, pasangan merpati dua sejoli Ranveer Singh dan Deepika Padukone ada kisah kurang enak tentang hubungan mereka.

Menerusi ciapan yang tular di Twitter, pasangan itu didakwa bakal berpisah selepas empat tahun berkahwin.
"Semuanya tak okey antara Ranveer Singh dan Deepika Padukone," ciap pemilik akaun Twitter sekitar Selasa lalu yang sekali gus mengundang pelbagai tanda tanya ramai pihak.
Di sebalik penyebaran khabar angin itu, Ranveer muncul dalam satu video memberikan gambaran sebenar hubungan mereka.
"Kami bertemu dan mula bercinta pada 2021, jadi 2022 merupakan ulangtahun ke-10 saya dan Deepika," katanya dalam video terbabit.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bercakap tentang hubungan profesional dalam industri, Ranveer memaklumkan dia teringin untuk kembali berkongsi skrin bersama Deepika.
"Kali terakhir saya digandingkan bersama Deepika pada 2014-2015. Kami masing-masing mengalami evolusi dalam kapasiti individual sebagai seorang manusia dan pelakon.
"Rasanya menarik untuk meneroka semula dinamik kami berdua untuk layar perak. Semoga ada peluang nanti," tambahnya.
Dalam pada itu, Ranveer memaklumkan akan ada kejutan buat peminat mereka namun enggan mendedahkan lebih terperinci.
Kenyataan yang keluar sendiri dari mulut Ranveer itu menyakinkan peminat mereka bahawa pasangan itu masih harmoni.
Isnin lalu, Deepika dikejarkan ke hospital selepas mengadu rasa tidak sedap badan. Bintang filem Bajirao Mastani itu telah menjalani beberapa ujian dan telah dibenarkan keluar kemudiannya.
Sumber: Times of India
Foto: DNA
#pelakon #Kahwin #Deepika Padukone #Bollywood #Ranveer Singh
;