5 Long Weekend Menanti Sehingga Disember 2024, Ini Lokasi Berdekatan Ibu Kota Yang Boleh Anda Kunjungi!
Umum mengetahui yang Malaysia cukup ‘kaya’ dengan cuti umum. Terbaharu, ramai dalam kalangan kita sudah merancang untuk bercuti sempena dengan cuti umum Hari Keputeraan Agong pada Isnin depan.
Genting Highlands
Genting Highlands merupakan salah satu lokasi tumpuan penduduk ibu kota yang inginkan ketenangan dan kenyamanan. Tidak hanya lokasi percutian, Genting Highlands juga adalah turut dijadikan lokasi beli-belah, hotel dan taman teman. Nikmati suasana sejuk dan berkabus sambil mencuba pelbagai permainan dan aktiviti yang ditawarkan. Pengunjung juga boleh melawat Chin Swee Caves Temple atau mengambil gambar dengan replika Menara Eiffel dan Patung Liberty di Sky Avenue.
Bandaraya Melaka
Terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia, Melaka yang merupakan negeri warisan dunia UNESCO jaya dengan pelbagai pengaruh budaya seperti Portugis, Belanda, British dan Peranakan. Selain budaya, pengunjung juga boleh menikmati jejak-jejak sejarah dan warisan seperti A Famosa, Stadthuys, Christ Church dan Jonker Street. Selain itu, makanan tradisional yang enak juga boleh didapati di sini.
Ipoh
Selain Genting Highlands, Ipoh juga merupakan salah satu lokasi yang kerap dilawati oleh pengunjung. Cuti long weekend anda boleh dimanfaatkan dengan melawat bandar dengan pertembungan budaya unik selain menikmati hidangan yang terkenal daripada restoran ternama.
Cameron Highlands
Cameron Highlands juga merupakan antara lokasi yang kerap dikunjungi oleh pengunjung. Manfaatkan cuti pendek anda dengan menikmati udara nyaman sambil melawat kebun teh dan strawberi.
Kuala Lumpur
Kalau anda tidak mempunyai idea untuk menghabiskan long weekend anda, apa kata nikmati sahaja ‘keindahan’ Kuala Lumpur dengan menginap di mana-mana hotel popular di ibu kota, sambil membeli-belah di pusat beli belah popular. Inginkan kelainan? Boleh lawati lokasi-lokasi istimewa seperti Masjid Negara, Pasar Seni dan Muzium Negara.