Advertorial

5 Sebab Kenapa Nasi Lemak Patut Diangkat Menjadi Makanan Rasmi Malaysia

Fiza Kamarudin
30/08/2019
18:22 MYT
Sponsor Banner
5 Sebab Kenapa Nasi Lemak Patut Diangkat Menjadi Makanan Rasmi Malaysia
Nasi lemak…bila sebut sahaja yang terlintas dalam kepala ialah “kat mana nasi lemak paling sedap ya?”.
Gabungan nasi dan santan, kacang, bilis, timun, telur rebus serta sambalnya memang ‘uumphh’ kalau kena cara masaknya.
Lebih padu lagi kalau ditambah pula dengan lauk pauk seperti sambal sotong, rendang ayam, rendang kerrang, kari ayam, sayur kangkong dan macam-macam lagi…Betul tak?
Dan…yang paling-paling-paling ‘best’ ialah nasi lemak ni digemari oleh semua lapisan masyarakat dan tidak kira bangsa mahupun usia. Semua orang suka!
Jadi korang setuju tak kalau nasi lemak ini diangkat menjadi makanan rasmi negara kita? Kami ada lima sebab relevan kenapa nasi lemak boleh dijadikan makanan rasmi Malaysia.
1. Pelancong yang datang Malaysia pun cari nasi lemak Walaupun ramai yang kata pelancong/orang asing tak makan pedas, tetapi mereka tetap cari nasi lemak bila sampai ke negara kita. Ada yang siap ‘promote’ nasi lemak kat sosial media masing-masing lagi. Kalau nak tahu, pemain bola sepak dunia Luis Suarez pun pernah cuba nasi lemak tau!
2. Kalau dulu orang makan nasi lemak masa sarapan, sekarang ‘supper’ pun orang cari nasi lemak Dahulu nasi lemak sangat popular dimakan ketika sarapan pagi, tetapi sekarang nasi lemak dah semakin komersial. Ada yang suka makan pada waktu petang, malam dan sehingga larut malam (supper).
3. Miss Universe pun pakai baju Nasi Lemak untuk perkenalkan Malaysia Ingat tak pada Samantha Katie James, wakil Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2017, yang menggayakan pakaian kebangsaan bertemakan nasi lemak rekaan Brian Khoo pada pertandingan ratu cantik itu? Nah…itu kan satu pencapaian membanggakan untuk nasi lemak?
4. Ais Krim, Cheese Kek, Burger, Sushi pun ada yang berperisa nasi lemak! Nasi lemak pernah jadi fenomena! Siapa yang tak pernah cuba sushi nasi lemak, ais krim nasi lemak, burger nasi lemak dan cheese kek nasi lemak? Rasanya ramai juga yang pernah cuba. Hispter kan?
5. Nasi Lemak Dah Sampai Paris & Korea! Rasanya semua pernah dengar tentang nasi lemak Paris dan Korea yang pernah viral dulu kan? Nampak tak, nasi lemak ni walau dibawa ke mana-mana pun tetap menjadi pilihan orang ramai. Bukan orang ‘kita’ di sana sahaja yang tercari-cari nasi lemak ni tau…rakyat asing pun suka!
Popular kan Nasi lemak? Lima ‘point’ ini dah cukup kuat untuk menggambarkan nasi lemak itu identiti negara kita.
Mengetahui tentang ‘kegilaan’ rakyat Malaysia terhadap nasi lemak, McDonald's Malaysia telah memulakan inisiatif membuka petisyen untuk menjadikan nasi lemak sebagai makanan rasmi negara kita!
Matlamatnya adalah untuk mendapatkan 100 ribu tandatangan menjelang Hari Malaysia (16 September 2019) ini nanti.
Jadi jika anda sukakan nasi lemak, apa kata tandatangani petisyen <--- (klik di sini) sekarang dan sebarkan berita baik ini kepada keluarga dan kawan-kawan!
Sementara itu kepada anda yang malas nak beratur untuk mencari nasi lemak sedap, bolehlah mencuba Nasi Lemak McD yang boleh didapati di semua cawangan McDonald di seluruh Malaysia. Ia terdiri daripada semua elemen klasik yang membentuk nasi lemak yang hebat – nasi dengan santannya yang wangi dan cukup lemak, ikan bilis goreng rangup, telur goreng yang sempurna, dihiasi pula dengan sambal pedas, meletup!
Lebih hebat lagi, ia disajikan dengan Ayam Goreng McD! Perfect!
Nasi Lemak McD baru pasti akan memuaskan pencinta nasi lemak, cubalah hari ini!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar