Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

7 Tahun Kahwin, Nad Zainal Bercerai

Amri Hassan 03/09/2022 | 17:29 MYT
Pelakon Nad Zainal mengesahkan telah bercerai dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin.
Nad bagaimanapun enggan mendedahkan punca sebenar rumah tangga yang dibina bersama sejak tujuh tahun lalu musnah.
“Ya, kami sudah bercerai baru-baru ini. Malah keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat. Kami masih berkawan baik demi dua anak.
“Cukup dikongsi status saya kini. Saya perlu menjelaskan soal status diri, supaya tidak mengundang fitnah.
"Apa yang lebih utama kini, saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua anak serta membiasakan status ibu tunggal," katanya menerusi laporan Berita Harian.
Nad mendirikan rumah tangga bersama Faliq pada tanggal 18 Disember 2015 dan dikurniakan dua cahaya Fahad Ibrahim, 6 tahun dan Budi Kalsom, setahun.
#pelakon #Viral #cerai #“Nad #Faliq #Zainal”
;