Hiburan

Abang Dee Nasihat Jangan Cepat Menghukum Tindakan 'Buruk' Dunia Artis - "Jaga Kain Dalam Masing-Masing"

Ernalisa
19/11/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Abang Dee Nasihat Jangan Cepat Menghukum Tindakan 'Buruk' Dunia Artis - "Jaga Kain Dalam Masing-Masing"
Pelakon, pengacara dan pelawak popular Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul mengingatkan netizen supaya tidak mudah menghukum kesalahan orang lain terutama membabitkan artis sepertinya.

BERITA BERKAITAN:Diva AA Tidak Kisah Pakai Pakaian Wanita, Asalkan Bayaran Berbaloi - “Kalau Bayaran Itu Memuaskan, Saya Akan…”

BERITA BERKAITAN:Isu Berpakaian Seperti Wanita, PU Syed Tegur Azwan Ali - “Kamu Pengacara Yang Hebat Dahulu…”

BERITA BERKAITAN:Content Merepek Viral, Sharkmanz Dedah Pernah B*rak Depan… | Motif Trending

Menurut Dee, netizen bukan sahaja tidak layak menilai luaran seseorang, malah lebih elok menjaga 'kain dalam' masing-masing terlebih dahulu.
"Betul satu kesalahan.Betul berdosa. Tetapi itu acara tertutup. Dia mencari rezeki. Tak perlulah kita kata itu ini, sedangkan yang mengata itu pun hidup tak berapa betul.

"Kita jangan cepat mengutuk.Kita tahu ke dia balik show tanggal makeup buat solat taubat, kita tahu ke dia solat ke tidak? Semua itu kita tak tahu.

"Kadang-kadang kita tak tahu kebaikan apa yang seseorang itu telah buat. Ingat tu. Tak kan kita buat kebaikan kita nak menjaja sana-sini. Itu pun tak elok," katanya kepada Gempak.

Dee tampil memberi pandangan itu apabila baru-baru ini, pelakon dan pengacara Azwan Ali menerima tamparan hebat gara-gara mengenakan pakaian perempuan.

Dee, 66, antara selebriti yang selalu berpakaian perempuan dalam persembahannya juga berkata, dia bukanlah menyokong apa yang dilakukan rakan seangkatannya itu.
Namun dia lebih memahami situasi yang berlaku dalam dunia seni membabitkan penghibur sepertinya. "Janganlah terlalu mencampurkan peribadi kita dengan unsur-unsur agama. Apa yang orang ramai cakap itu memang betul. Tiada yang salah.
"Tetapi lagi manis kalau kita tegur seseorang dengan cara yang betul untuk menjaga aib seseorang.

"Mungkin kalau ada yang nak tegur abang Dee pun abang Dee akan terima. Tapi PM tepilah. Janganlah malukan abang Dee," katanya.

Baru-baru ini personaliti TV, Azwan Ali akui langsung tidak terkesan dengan kecaman yang dilemparkan terhadapanya selepas sebuah video yang menampakkannya berpakaian seperti wanita tular di media sosial.

Menurut Azwan atau lebih mesra disapa sebagai Diva AA, itu merupakan pengalaman pertamanya muncul berpakaian seperti itu dan dia mendapat bayaran yang lumayan.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar