Hiburan

Tak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Bekas Isteri, Jovian Mandagie Mohon Maaf - “Kadang Kala Perpisahan…”

Umirah Halim
26/11/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
Tak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Bekas Isteri, Jovian Mandagie Mohon Maaf - “Kadang Kala Perpisahan…”

Pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie mengucapkan tahniah buat bekas isterinya, Nina Ismail Sabri kerana selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Mohon maaf tak dapat hadir

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Jovian memohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri semasa majlis perkahwinan Nina dan Hafiz.

Bagaimanapun Jovian menyatakan dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Nina dan Hafiz.

“Semoga kalian gembira dan bahagia sentiasa. Kita akan makan malam bersama selepas saya balik semula ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat,” katanya

Dalam satu hantaran lain, Jovian turut menyatakan bahawa perpisahannya bersama Nina bukanlah satu pengakhiran sebaliknya permulaan untuk mencari sesuatu yang lebih indah.

“Kadang kala perpisahan bukanlah suatu pengakhiran tetapi permulaan. Satu peluang untuk mencari kebahagiaan yang lebih indah daripada semasa kita bersama,” tulisnya.

Ahad lalu, kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman.

ARTIKEL BERKAITAN: #FromKawanToKahwin Nina Ismail Sabri Sah Jadi Isteri Hafiz Osman

ARTIKEL BERKAITAN: Nina Ismail Sabri & Bakal Suami Kongsi Kisah Cinta Mula Berputik Selepas Bercuti Di Jepun – “It’s Like Our First Dating, Bila Pulang Kami Mula Rasa…”

ARTIKEL BERKAITAN: ”Muka Sama, Comel” – Nina Ismail Sabri Jadi Perhatian, Ramai Teka Nampak Macam Video ‘Pre-Wedding’

Sekadar info, Jovian dan Nina berpisah pada Ogos tahun lalu.

Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Jeanelle Nika Mandagie.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar