Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Abang Jad Nanti Kutip Epal Tau” - Kini Berada Di Australia, Netizen Sindir Sajat Yang Dikatakan Bakal Muflis

Izwan Isa 25/10/2021 | 08:50 MYT
Baru-baru ini, media melaporkan usahawan kosmetik popular, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman bakal tersenarai dalam kalangan individu muflis selepas pemfailan pemiutang dilakukan terhadap dirinya di Mahkamah Tinggi.
Menerusi laporan, pemfailan petisyen dibuat oleh Owa Resources Sdn. Bhd. dan usaha berkenaan merupakan langkah terakhir bagi menuntut pembayaran penghakiman RM200,000 daripada Sajat kepada Owa Resources yang merupakan bekas stokis utama bengkung yang dikeluarkannya.
Petisyen berkenaan difailkan selepas notis kebankrapan yang telah dikeluarkan terhadap usahawan berkenaan tidak mendapat sebarang maklum balas. Menerusi perintah bankrap, Sajat boleh diisytiharkan muflis dan menyebabkan segala aset termasuk rumah dan akaun bank milik Sajat diuruskan oleh Jabatan Insolvensi.
BACA: "New Life.." - Nur Sajat Berhijrah Ke Australia, Muat Naik Selfie Terbaharu Dalam Kapal Terbang
Menerusi ruangan media sosial, pelbagai respons dilontarkan oleh netizen mengenai isu berkenaan. Seorang netizen menasihati Sajat supaya kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat.
“Muflis di dunia tak apa lagi Jat. Jangan muflis di akhirat nanti… Sikit-sikit Allah dah tarik nikmat hidup, segeralah bertaubat dan kembali ke fitrah, asal sebelum Allah tarik nyawa,” tulisnya.
Ada juga netizen yang mengeluh kerana teguran-teguran yang diberikan kepadanya sebelum ini tidak diendahkan.
“Kita dah tegur, tapi dia tak dengar. Urusan dia dengan Allah… dia terlepas di dunia tetapi di akhirat dia tak boleh lari,” ujar netizen tersebut.
Dalam pada itu, terdapat satu balasan yang mencuit hati ditinggalkan oleh seorang wargamaya. Tulisnya: “Abang Jad nanti kutip epal tau,” merujuk kepada situasi Sajat yang kini menetap di Australia.
Semalam, Sajat menerima jemputan temu bual yang dikelolakan oleh pelakon serta pengacara popular, Harith Iskander.
Menerusi temu bual yang boleh disaksikan menerusi saluran Youtube Harith itu, Sajat berkongsi pelbagai kisah termasuklah pengalaman mengalami kemurungan, perpisahan dengan anak angkatnya serta perancangan untuk memulakan perniagaan di Australia.
Sajat yang diburu oleh pihak berkuasa mengesahkan dirinya sudah berada di Australia pada 18 Oktober lalu.
Difahamkan, dia kini sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia, dan sudahpun secara rasmi berhijrah ke sana dengan bantuan Kerajaan Australia, ketika bersiaran langsung di platform media sosial miliknya.
Sebelum ini, Sajat ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara itu, selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan maklumat mengenai keberadaan usahawan dalam buruan berkenaan yang lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.
Ketika ditahan, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok dan memaklumkan dia akan berhijrah ke Australia.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
#Nur Sajat #Australia #sajat
;