Laman Utama
“New Life..” - Nur Sajat Berhijrah Ke Australia, Muat Naik Selfie Terbaru Dalam Kapal Terbang
Usahawan kosmetik kontroversi Nur Sajat yang menjadi buruan pihak berkuasa tempatan mengesahkan dirinya kini berada di Sydney, Australia.
Memetik laporan The Star, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kini menetap di Canterbury, 12km dari Sydney, New South Wales.
Menerusi siaran live di platform TikTok miliknya, Sajat memaklumkan dirinya sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel dan sudah pun secara rasmi berhijrah ke negara Kanggaru itu dengan bantuan kerajaan Australia.
Menerusi pemerhatian Gempak, Sajat juga sudah mula berkongsi beberapa foto tarian serta Outfit Of The Day (OOTD) di dalam bilik hotel untuk tatapan umum.
Malah Sajat turut memaklumkan dia bakal membuka sebuah kedai emas baharu di negara tersebut.
Sementara itu di ruangan komen, penghijrahan Sajat itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Ramai yang menyokong dan menitipkan doa agar Sajat sentiasa menjaga diri di negara luar dan tidak kurang juga ada yang mahukan anak kelahiran negeri Perak itu kembali ke Malaysia.
“You deserve only happines! I am so happy for you,” tulis seorang wargamaya.
“Welcome to Australia sis! Im happy for you,” kata seorang wargamaya.
“Jaga diri, be happy. Bila sampai masa nanti, balik pada yang basis ye. Have a happy life Sajat,” ucap seorang wargamaya.
“Tak rindu family ke Jat? Malaysia dah boleh rentas negeri,” komen seorang wargamaya.
“Lebih baik duk negara orang, duk Malaysia merumitkan keadaan ada la,” luah seorang wargamaya.
“Kamu boleh lari dari Manusia tapi bukan Allah,” tegur seorang wargamaya.
Imbas kembali, Sajat sebelum ini ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara itu selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan maklumat mengenai keberadaan usahawan dalam buruan berkenaan yang lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.
Ketika ditahan Nur Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok dan memaklumkan dia akan berhijrah ke Australia.
Must-Watch Video