Hiburan

"Ada Peminat Keliru, Ingat Saya Berdarah Latin" - Agy

Amri Hassan
17/11/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
"Ada Peminat Keliru, Ingat Saya Berdarah Latin" - Agy
Mungkin ramai yang tidak sedar dengan bakat nyanyian yang dimiliki oleh Agy, pempengaruh yang terkenal dengan konten-konten video menarik di beberapa akaun media sosial miliknya.

BERITA TRENDING: Dikatakan Mirip, Agy Dedah Tidak Mempunyai Pertalian Saudara Dengan Reen Rahim

Terbaharu, Agy atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy, 29, tampil dengan single pop berjudul “Uno Dos Tres” hasil ciptaan komposer berpengalamn Mas Dewangga bersama Jova Devito, dan diterbitkan oleh syarikat rakaman ternama yang tidak asing lagi, Sony Music Malaysia.
Tema utama lagu ini berkisar tentang semangat positif serta sikap ketidakpedulian terhadap pandangan orang luar, dan mesej yang cuba disampaikan adalah tentang ketahanan, kebebasan untuk menjadi diri sendiri dan menikmati perjalanan hidup walaupun ada cabaran.
"Saya sebenarnya memulakan karier dalam bidang seni sebagai penyanyi dan bukannya sebagai ‘influencer’ dan pernah menghasilkan beberapa buah single suatu ketika dahulu, namun kerjaya sebagai seorang ‘content creator’ lebih menyerlah sehingga dikenali ramai.
“Lagu ini mengajak kita untuk menjadi diri sendiri dan membina keyakinan diri. Meskipun orang mungkin berpura-pura, kita harus terus mengejar impian dan tidak terpengaruh oleh kritik. Bangkitlah semula setelah jatuh dan terus bergerak maju dengan penuh keyakinan,” kata Agy.

BERITA TRENDING: Dilabel Kafir, Keluarga Seperti Beruk. Agy Tak Maafkan? | Lancang Bethol

Berdarah Latin?

Walaupun single ini dicipta oleh Mas Dewangga dan Jova Devito, namun idea disebalik pembikinannya datang dari Agy sendiri yang mahukan kelainan melalui judul bahasa Latin.
"Saya ada menyatakan keinginan pada komposer tentang menyanyikan sebuah lagu pop dansa dengan garapan moden yang boleh diterima oleh pendengar muda masa kini, maka terhasilah Uno Dos Tres.
"Dan mengapa saya memilih judul lagu dalam bahasa Latin, percaya atau tidak, ada diantara pengikut saya yang ‘terkeliru’ dengan rupa paras saya dan beranggapan saya berdarah Latin, jadi saya ingin terjemahkan imej tersebut ke dalam lagu," tambahnya.
Lagu pop yang berdurasi 2:51 minit ini dicipta dalam nuansa EDM (Electronic Dance Music) dengan elemen muzik Latin menyuntik kelainan yang sudah lama tidak didengar dalam mana-mana karya muzik di Malaysia.

Avant garde

Selain single, sebuah video muzik (MV) turut dihasilkan serentak dengan konsep yang tidak kurang menariknya, lebih kepada imej Agy sebagai pempengaruh unik dan tersendiri.
“Dalam MV nanti, penonton akan disajikan dengan visual menarik yang berkonsepkan editorial, pelbagai penampilan berbeza dari saya dengan busana ‘avant garde’ yang mencerminkan diri saya sebagai seorang individu,” kata Agy.

BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Agy Nekad Ikut Trend Posing Ala Supermodel Di Media Sosial

Sebagai penyanyi yang kini lebih dikenali sebagai pempengaruh, Agy berpendapat melalui bidang nyanyian ada kepuasan yang tersendiri yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
“Bagi saya, kedua-dua bidang ada kelebihannya, namun dengan nyanyian saya dapat beraksi di pentas kerana saya suka membuat persembahan dan membawakan watak dalam lagu, kepuasan itu nyata lain.
“Jadi, saya berharap agar lagu ini mendapat tempat di hati pendengar semua di luar sana, fahami lagu ini agar ia dapat memberi semangat baharu buat mereka yang tengah ‘down’. Teruslah berjalan kedepan, kembangkan sayap anda, jangan peduli dengan kata-kata orang. ‘Let’s go, Uno Dos Tres!’," katanya.
Lagu “Uno Dos Tres” boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui kesemua aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Sony Music MY.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024