Filem
Filem 'Dongeng Sang Kancil' Catat Kutipan Awal RM1.5 Juta
Tayangan filem 'Dongeng Sang Kancil' merekodkan kutipan awal hari pertama dengan jumlah RM1.5 juta.
Mula ditayangkan semalam, kutipan itu boleh dikatakan amat membanggakan.
BERITA BERKAITAN: Les' Copaque Production Berdepan Cabaran Hasilkan Filem 'Dongeng Sang Kancil" Kurang Dua Tahu
BERITA BERKAITAN: Kemunculan Maskot Upin&Ipin Dan Ehsan Beri Keceriaan Kepada Si Cilik Sempena Tayangan Filem 'Dongeng Sang Kancil'
Pembukaan tayangan filem 'Dongeng Sang Kancil' semalam dimeriahkan dengan kembara Upin & Ipin bersama Ehsan di pawagam sekitar Lembah Klang menggamatkan lagi suasana penonton terutama si cilik yang mahu menonton filem aksi Sang Kancil yang bijak.
Filem terbitan syarikat Les' Copaque itu nyata memberi cabaran baharu apabila produksi berkenaan melakar sejarah dengan menampilkan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Teknik itu dikatakan mampu memberi pengalaman baharu kepada penonton yang menyaksikan filem tersebut.
Selain itu, penonton yang hadir pasti dapat merasakan pengalaman sinematik yang luar biasa dengan penceritaan penuh mendebarkan.
'Dongeng Sang Kancil' ialah filem animasi terbaharu terbitan Les' Copaque Production yang telah pun ditayangkan di pawagam bermula hari ini.
'Dongeng Sang Kancil' menjadi satu-satunya filem animasi tempatan yang temui penonton di pawagam dan ia mengisahkan tentang seekor Kancil bertekad membalas dendam atas kematian ibunya yang dibunuh kejam oleh Bayang Hitam.
Dengan bimbingan Gagak, Kancil memulakan pengembaraan penuh cabaran, berhadapan tiga pemangsa hebat: Helang Perkasa di langit, Gajah Belukar di daratan, dan Raja Buaya di sungai.
Dalam usahanya, dia perlu mengatasi setiap rintangan untuk menuntut keadilan.
Namun, ancaman semakin besar apabila Bayang Hitam mengalihkan sasarannya ke Hutan Rimba, menggugat seluruh kehidupan binatang di dalamnya.
Kancil mesti bertindak sebelum semuanya musnah.
Must-Watch Video