Laman Utama

"Ada Sebab Saya Sekat Fizi Di WhatsApp" - Shakilla Khoriri

Gempak
27/12/2023
00:58 MYT
Sponsor Banner
"Ada Sebab Saya Sekat Fizi Di WhatsApp" - Shakilla Khoriri
Pelakon Shakilla Khoriri enggan mengulas mengenai hantaran dimuat naik bekas suami yang juga penyampai radio, Fizi Ali baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Dituduh Cuba Pisahkan Ameena & Shakilla, Fizi Ali; "Salahkah Seorang Ayah Nak Bersama…

Fizi meluahkan kerinduan terhadap anak tunggal hasil perkongsian hidup dengan Shakilla iaitu Ameena Sofia, 4, seolah-olah cuba memberitahu yang mereka sudah lama tidak berjumpa, Jumaat lalu.
Menyangkal dakwaan tidak membenarkan bekas suami bertemu dengan Ameena, Shakilla berkata, dia sudah lama berbuat sedemikian jika itu niatnya.
"Saya malas nak ulas benda-benda murahan macam ini. Biarlah orang yang sepatutnya uruskan.
"Kalau betul saya tak bagi jumpa Ameena, dua tahun lepas saya sudah melakukannya, bukan sekarang," kata Shakilla menerusi kiriman Whatsapp kepada BH Online.

BERITA TRENDING: Sedih Fizi Ali Datang Majlis Graduasi Anak Tapi Anaknya Tak Muncul-Muncul!

Sebelum ini, Fizi mendedahkan bekas isterinya itu turut menyekat nombornya.
Mengulasnya, Shakilla tidak menafikannya, namun ada sebab kenapa berbuat sedemikian.
"Ada sebab kenapa saya sekat Fizi daripada WhatsApp, soalan itu kena tanya pada Fizi sendiri.
"Lagipun, saya tak berminat nak berurusan soal anak dengan orang ketiga. Dia pun tidak ada hubungan komunikasi baik dengan saya, jadi kenapa perlu buang masa layan drama murahan.
"Saya ibu kandung Ameena, jadi kesihatan mentalnya lebih menjadi keutamaan saya," katanya.

PILIHAN PEMBACA: Shakilla Khoriri Harap Fizi Ali Lebih Jujur - “Saya Tak Tahu Aktiviti Waterpark Bertukar Jadi Majlis Nikah”

Bulan lalu, Fizi meluahkan rasa kesal apabila niat berjumpa Ameena ketika majlis graduasi tidak kesampaian apabila Ameena tidak hadir ke majlis konvokesyen berkenaan.
Menurut Shakilla, ada banyak jalan dan usaha yang boleh digunakan Fizi sekiranya mahu berjumpa anak.
"Bagaimanapun, Fizi memilih jalan penyelesaian dalam media sosial dengan mengharapkan doa orang ramai yang tidak tahu kemelut sebenar.
"Jadi, tidak mengapalah, biarlah dia," katanya.
Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018, namun bercerai pada Disember 2021.
Kemudiannya, Fizi mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.
Sumber: BH Online
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar