Laman Utama

"Ada Yang Rengsa, Ada Yang Campak-Campak Baju..." - Stylist DSV Dedah Proses Pembikinan MV Ku Ikhlaskan

Izwan Isa
22/03/2022
04:50 MYT
Sponsor Banner
"Ada Yang Rengsa, Ada Yang Campak-Campak Baju..." - Stylist DSV Dedah Proses Pembikinan MV Ku Ikhlaskan
Jurugaya video muzik Ku Ikhlaskan, Abu Shaef Hamza menyifatkan pengusaha kosmetik Datuk Seri Vida sebagai seorang yang bersifat terbuka dan mampu untuk menggayakan konsep fesyen avant garde.
Abu berkata, sukar untuk mencari seseorang yang benar-benar boleh membawakan konsep seperti itu dan dia berasa gembira kerana Vida menyambut baik baju-baju yang digayakan olehnya dalam video muzik berkenaan.
“Pada awalnya, Vida memberitahu saya yang dia mahu membikin video muzik, sekitar selepas ABP tempoh hari. Apabila saya dapat peluang ni, saya memang teruja nak buat sebab dapat seseorang yang boleh pakai baju avant garde.
“Berkenaan susah atau tidak, tak susah sebenarnya nak gayakan Vida kerana dia ok sahaja untuk bergaya demikian. Siapa lagi yang mampu untuk carry gaya sedemikian, bukan?” kongsi Abu.
Abu sedar ada segelintir netizen yang menyamakan gaya-gaya Vida dengan karakter-karakter lucu dan juga hantu. Namun, menurutnya, dia tidak kisah memandangkan semua orang telah pun kenal karakter Vida sebagai seorang yang suka menghiburkan.
“Rasanya ok jer… for fun kelakar. Dia pun ada marketing bisnes dia sendiri jadi kita faham. Tapi orang luar mungkin kurang faham mengenai hal itu” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Abu turut berkongsi pengalaman ketika sesi penggambaran video muzik Ku Ikhlaskan.
“Shooting ambil masa empat hari… Abu pun sediakan lapan persalinan dan juga tujuh headpiece. Macam-macam dugaan jugalah… Ada yang penat, ada yang alami kerengsaan dan ada juga yang campak-campak baju.
“Tapi akhirnya kami berjaya siapkan video muzik berkenaan. Kita enjoylah tengok sebab kita tengok Vida pun kita dah gelak,” ujar Abu sambil tertawa.
Setakat ini, video muzik Ku Ikhlaskan telah menerima lebih 1 juta tontonan di Youtube.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar