Adik Jadi ‘Penyebab’ Eyka Farhana Berkenalan Dengan Akhyar Rashid - “Alhamdulillah Dah Hampir 5 Tahun…”
Pelakon Eyka Farhana berkongsi momen kali pertama dia mula mengenali kekasih hatinya iaitu pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid.
Akhyar Mula Langkah
Menerusi podcast Studio Sembang bersama aktres Amelia Henderson, Eyka mendedahkan Akhyar yang memulakan langkah dengan menghantar mesej peribadi di Instagram miliknya.
Namun adik kepada Eyka yang dikenali sebagai Dyba menjadi orang yang memberi sokongan penuh kepadanya untuk berkenalan dengan Akhyar.
“Dia DM I dekat Instagram… tapi jauhlah perjalanan dia itu. And then, siapa tau yang nak sangat… I macam ‘siapa DM i ni’. Lepas itu adik I cakap ‘eh aku kenal, aku kenal, Eyka kau try je’.
“Thanks to Dyba. And then I macam okay tak apa la I kenal saja la kan,” kongsi Eyka.
Tak Minat Pemain Bola Sepak
Biarpun pada mulanya mengakui tidak berminat dengan pemain bola sepak, namun siapa sangka hubungan cinta Eyka dan Akhyar sudah terjalin hampir lima tahun.
“You tau tak, Dyba punya reaksi macam ini ‘Eyka aku kenal, kau keluar je’. Dia la yang sangat supportive. Okay, keluar... I tak nak la kenal dengan pemain bola.
“Never say never la kan. Sekarang, Alhamdulillah la dah hampir lima tahun,” ujarnya.
Video perkongsian Eyka itu kembali tular selepas berlaku insiden kekasihnya itu mengalami kecederaan dipercayai akibat disamun di hadapan sebuah apartmen di Kuala Terengganu pada 2 Meli lalu.
BERITA TRENDING: Akhyar Rashid Cedera Dibahagian Kepala, Dipukul & Disamun