Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Adik Miller Khan, Aliff Alli Ditahan & Diancam Penjara Kerana Palsukan Kad Pengenalan

Maliah Surip 02/03/2022 | 10:17 MYT
Pelakon sinetron kelahiran Malaysia, Aliff Alli telah ditahan pihak berkuasa polis Indonesia selepas didakwa memalsukan kad pengenalan anaknya sekaligus melanggar akta anak republik tersebut.
Penahanan tersebut terjadi selepas segala bukti yang pernah dilampirkan oleh bekas isterinya, Aska Ongi pada tahun lalu menunjukkan memang terjadi penipuan saat adik kepada pelakon Miller Khan itu mendaftarkan kad pengenalan anak mereka.
Kompas melaporkan Aliff ditahan pada 1 Mac 2022 dan berdepan hukuman penjara tujuh tahun jika didapati bersalah.
“Pihak berkuasa telah menahan Aliff dan ditetapkan sebagai tersangka (orang kena tuduh) selepas memiliki semua bukti terkait dakwaan yang pernah dibuat oleh bekas isterinya.
“Penahanan ini juga dilakukan agar yang terkait tidak melarikan diri pulang ke Malaysia kerana dia masih berstatus warganegara sana,” ujar wakil polis Kabid Humas Polda Metro Jaya Jakarta, Kombes Pol E Zulpan di Polda Metro Jaya.
Menurut fakta kes, Allif ditahan kerana memalsukan kad pengenalan anaknya sewaktu berkahwin dengan Oska. Lelaki berusia 30 tahun itu ddakwa telah mencantumkan nama anak dan namanya sebagai bapa.
Tindakan itu dianggap salah dalam akta anak di Indonesia kerana pasangan tersebut menikah secara siri (tidak mendaftarkan pernikahan secara sah).
Aliff sepatutnya mendaftarkan nama anak dan nama bekas isterinya, Oska pada kad pengenalan kanak kanak tersebut.
Terdahulu, masalah rumah tangga pasangan ini sempat menjadi kontroversi selepas mereka turun naik mahkamah.
Pada waktu itu, Aliff sempat mengaku berkahwin dengan Oska bukan kerana cinta, tetapi kerana terlanjur membuat Instafamous tersebut hamil.
“Saya kahwin kerana sayangkan anak itu. Dia anak luar nikah,” ujar Aliff tidak lama dulu.
Buat Dokumentari, Sean Penn Jalan Kaki Rentas Sempadan Rusia - Ukraine
Aktor Sean Penn menyapa peminatnya dengan sebuah berita mengujakan apabila memaklumkan dirinya kini berada di Ukraine untuk merakam dokumentari yang amat bersejarah.
Menerusi perkongsian yang dibuat lewat cuitan di Twitter, Sean Penn juga memberitahu telah melalui sebuah pengalaman berharga apabila terpaksa merentas sempadan Rusia untuk ke Ukraine bersama ribuan yang lain.
Beliau malah menunjukkan bukti dirinya sedang menarik beg dan harus berjalan berkilometer demi memastikan ‘kerja gilanya’ dapat dilaksanakan.
“Saya dan dua rakan telah berjalan berkilometer menuju sempadan Poland setelah meninggalkan kereta di tepi jalan.
“Hampir semua kenderaan yang lalu hanya membawa wanita dan kanak-kanak sebagai muatan mereka,” tulis Penn seperti dilaporkan The Independent.
Senn bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa dia dan yang lain terpaksa berjalan kaki merentas sempadan.
Sebelumnya, aktor dan pengarah berusia 61 tahun itu berada di Kiev pada 24 Februari lalu kerana terlibat dalam sidang media yang diadakan di pejabat Presiden Volodymyr Zelenskiy di hari pertama serangan Rusia ke Ukraine.
Sementara itu jurucakap Penn mengesahkan aktor tersebut telah tiba di Ukraine dengan selamat pada 2 Mac 2022, namun tidak menyatakan mengapa beliau perlu berjalan kaki merentas sempadan.
#pelakon #Penjara #Ditahan #Miller Khan #Aliff Ali
;