Nusantara

Adik Miller Khan, Aliff Alli Khan Pukul Isteri Ketika Hamil Sampai Lebam?

Amri Hassan
20/05/2020
04:40 MYT
Sponsor Banner
Adik Miller Khan, Aliff Alli Khan Pukul Isteri Ketika Hamil Sampai Lebam?
Adik kepada pelakon Miller Khan, Aliff Alli Khan didakwa melakukan keganasan terhadap bekas isterinya, Aska Ongi ketika wanita itu sedang berbadan dua.
Menerusi laporan media Indonesia, Aliff difahamkan telah menganiaya Aska sejak sempat bulan hamil.
Malah, Aska yang diwakili penasihat undang-undang, Sunan Kalijaga, mendedahkan Aliff seorang pemabuk dan berperangai buruk.
"Ya, dia dianiaya oleh suami yang juga seorang pemabuk.
"Aliff juga pernah melakukan hal yang sama (berkasar) kepada isterinya, Nora Alexandra sebelum ini," katanya kepada Insertlive.
Nora juga tidak berbelah-bagi untuk membantu memberikan keterangan berhubung perkara tersebut.
Tambah Sunan, Aska telah melarang Aliff untuk bertemu anak mereka kerana bimbang kejadian sama berulang.
Selain itu, Aska turut membuat laporan terhadap pihak imigresen memandangkan pelakon yang berasal dari Malaysia itu tidak memiliki permit kerja yang sah.
"Dia tidak ada izin untuk bekerja, dia paka pasport untuk melancong. Padahal sudah terbabit dalam pelbagai sinetron di sini," tambahnya.
Aliff dan Aska telah bercerai pada November 2019 selepas dikurniakan seorang anak. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup di Bali, Indonesia dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Alyssa Ismillah Khan.
Aliff, 28, merupakan adik-beradik Miller Khan, Isa Khan dan Farali Khan.
Sepanjang berada di Indonesia, Aliff pernah membintangi filem Heart 2 Heart dan beberapa sinetron antaranya Kau Berasal Dari Bintang, Rahasia Cinta dan Catatan Hati Seorang Gadis.
Gempak masih cuba mendapatkan keterangan lanjut daripada Aliff dan keluarganya.
Sumber: Wow Keren, Insertlive
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar