Hiburan
Adik Mira Filzah Langkah Bendul
Adik kepada pelakon dan pengacara Mira Filzah iaitu Aina Fadhilah selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Mohamad Afif pada 29 Ogos lalu.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Mira menerusi sebuah entri yang memuat naik foto keluarga ketika sekitar majlis resepsi tersebut.
"Tambahan baru dalam keluarga! Selamat Datang Boco @mhmdafxf!" tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya memuji kecantikkan adik beradik serta kecomelan anak saudara Mira iaitu Umar.
Malah, ada juga segelintir peminat yang tidak sabar menanti hari bahagia pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu.
"@mamasab_klang_valley: Ohhh adik Mira ke yang kahwin lepas ni Mira pula kahwin.. Dekat-dekat lah ye nanti.
"@aqilahazman97: Tahniah @ainafadhilah. Kemudian kak Mira pulak.
"@mamaida08101216: Tahnah Aina, cantiknya adik.
"@cikprettysh: Cantiknya semua!
"@juepeace: La adik dulu langkah bendul tapi kakak tak lama dah tu.
"@myoi_yana_08: Tahniah kak Aina, semua cantik dan kacak, Umar sangat comel," antara komen-komen yang ditinggalkan.
Pada Jumaat lalu, Mira dan Fadhilah mengadakan majlis khatam al-Quran di kediaman keluarganya di Bangi.
Terdahulu, Mira mengesahkan bakal berkahwin dengan pilihan hati, Wan Emir Astar yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid dalam masa terdekat.