Laman Utama

Adira Failkan Cerai Kali Kedua, Hakim Tegur Datuk Red Sengaja Lengahkan Kes!

Gempak
04/12/2023
06:02 MYT
Sponsor Banner
Adira Failkan Cerai Kali Kedua, Hakim Tegur Datuk Red Sengaja Lengahkan Kes!
Beberapa jam selepas meraih gelaran naib juara Famili Duo musim tiga (FD3), penyanyi Adira mengejutkan ramai apabila muncul di Mahkamah Syariah Gombak Barat, Rawang, pagi Isnin.

BERITA TRENDING: 8 Tahun Bermadu, Adira Suhaimi Mahu Jalani Kehidupan Berpoligami Dengan Tenang - “Bahagian...

Kehadiran ibu kepada empat cahaya mata itu ditemani kakaknya Emma, selaku wakil bagi sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) susulan permohonan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober lalu.
Permohonan itu diajukan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor bersandarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Sekali gus, ini adalah permohonan kedua pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi, 32, selepas menfailkan tuntutan sama pada 1 April 2019 iaitu ketika hamil anak ketiga mereka.

PILIHAN PEMBACA: Masih Bahagia Tapi Ada Sebab Adira Suhaimi Enggan Kongsi Mengenai Suami Di Laman Sosial - “Saya Tahu...

Kehadiran Adira yang bergelar isteri kedua Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red itu juga mengesahkan spekulasi rumahtangga mereka apabila didakwa goyah semula sejak akhir tahun lalu.
Bagi sebutan kedua kes yang berlangsung pagi tadi, Adnan, 43, hanya datang bersendirian tanpa membawa bersama wakil seperti ditetapkan mahkamah.
Berikutan tindakan tersebut, Hakim Syarie Abdul Hadi Omar menegur ahli perniagaan terbabit yang dikatakan melambat-lambatkan proses JKP.
Susulan itu, Abdul Hadi menangguhkan sesi bersama JKP kepada 18 Disember depan Adnan membawa bersama wakil yang dilantik mewakilinya.

BERITA TRENDING: Ada Yang Dakwa Adira Dah Bercerai Dengan Datuk Red? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…

Biarpun enggan memberikan sebarang komen, bibit hubungan dingin pasangan yang bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 itu dapat dihidu peminat berikutan tiada lagi gambar bersama-sama.
Namun Adira pantas menangkis spekulasi sebaliknya hanya memaklumkan lebih menjaga hati isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim.
Apatah lagi Adnan juga hadir memberikan sokongan sebanyak dua kali di Studio Ntv7 Glenmarie sepanjang lapan minggu Adira bersaing dalam program realiti kelolaan TV3 itu.
Begitupun, ketika kedatangan kali pertama pada konsert minggu ketiga, penyanyi itu enggan mengambil gambar berdua dengan alasan menjaga hati madunya.
Sumber: Kosmo Online!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar