Laman Utama

Masih Bahagia Tapi Ada Sebab Adira Suhaimi Enggan Kongsi Mengenai Suami Di Laman Sosial - “Saya Tahu Kedudukan…”

gempak
Asyikin Mayudin
25/02/2023
04:00 MYT
Sponsor Banner
Masih Bahagia Tapi Ada Sebab Adira Suhaimi Enggan Kongsi Mengenai Suami Di Laman Sosial - “Saya Tahu Kedudukan…”
Penyanyi Adira Suhaimi mengakui dia ada menerima pertanyaan daripada netizen mengenai suaminya iaitu Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu.
Bersyukur rumah tangga yang dibina sejak lapan tahun lalu masih bertahan, Adira memberitahu dia sememangnya memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai suaminya di laman sosial.
“Alhamdulillah… dah lapan tahun. Ada saja orang bertanya ‘mana suami’ tapi bagi saya, soalan-soalan itu tidak sangat penting untuk saya.
“Apa yang penting, apa yang saya tahu… saya saja yang tahu apa-apa. Jadi, apa yang saya kongsi di laman sosial itu sebenarnya itu saja yang perlu orang tahu.
“Saya tapis juga apa benda yang boleh dan tidak. Tapi apa yang saya boleh cakap, cuma syukur Alhamdulillah selama lapan tahun masih juga boleh bertahan,” katanya kepada Gempak.
Menurut Adira lagi, dia enggan berkongsi lebih mengenai suaminya kerana menyedari kedudukannya selain ingin menjaga hati pihak lain.
“Dari dulu saya tak ada post sangat mengenai suami. Sebab saya tahu kedudukan saya di mana dan ada pihak yang saya kena jaga hati…saya hormat yang itu.
“Saya sendiri rasa tak penting pun nak kongsi mengenai suami. Kecuali kalau contoh anak saya ambil anugerah dan suami ada bersama, kami akan bergambar.
“Tapi tak ada la suka-suka post itu, tidak la. Hal keluarga ini memang saya simpan,” ujarnya.
Untuk rekod, Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand dan mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024