Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Agihan Keuntungan Tabung Haji 2023 Kekal 3.10 Peratus

Gempak 02/04/2024 | 08:25 MYT

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2023 kekal sebanyak 3.10 peratus setelah mengambil kira zakat 2.57 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, agihan keuntungan berjumlah RM2.72 bilion itu bakal memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit.
"Agihan keuntungan 2023 dibuat setelah penyata kewangan TH tahun 2023 selesai diaudit Jabatan Audit Negara dan telah mengambil kira rosot nilai.
"Terutamanya pelaburan legasi pajakan hartanah di Arab Saudi dan pelaburan hartanah United Kingdom (UK).
"Agihan keuntungan bagi tahun 2023 juga mematuhi Akta Tabung Haji 1995," katanya pada sidang media pengumuman agihan keuntungan TH pada Selasa.
Sumber: Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Wajar Boikot Haji Dan Umrah Hanya Kerana Arab Saudi Ingin Normalisasi Dengan Israel

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar Ada Sebab Kongsi Pengalaman Tunai Haji - “Saya Anggap Ia Sebahagian Daripada…”

#Tabung Haji #Agihan #Keuntungan
;