Hiburan
“Ahmet Kena Tahan, Paru-Paru Ada Air Ketuban” – Rebecca Nur Al Islam Throwback Detik Cemas Lahirkan Anak
Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam mengimbas kembali detik cemas sewaktu melahirkan anak kelimanya, Ahmet Reaggan pada 18 Julai tahun lalu.
Rebecca menerusi akaun Instagramnya menceritakan pengalaman tersebut sempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya semalam.
“Masya-Allah Allah Hu Akbar, how time Flies @ahmetreaggan. #18072019 Setahun yang lepas mummy Becca melahirkan anak bertuah ini. Masya-Allah how time flies, setahun sudah.
“Masih teringat di dalam fikiran dan hati setahun yang lepas betapa risaunya mummy Becca sebab selepas lahirkan baby @ahmetreaggan kena tahan di NICU Gleneagles Hospital disebabkan dalam paru-parunya ada air ketuban sikit.
“Pulangnya mummy after beranak tanpa baby Ahmet dirumah, Allah je tahu betapa sedihnya mummy that time. Papa risau, oma pun risau, semua risaukan Ahmet that time.
“Tapi Allah SWT itu lebih mengetahui dan maha mengatur segalanya yang terbaik, #trustinAllah dan Allah swt maha mendengar doa hamba-hamba-NYA.
“Alhamdulillah syukur after 11 days baby @ahmetreaggan dibenarkan pulang. And now my darling sayang mom baby @ahmetreaggan sihat sepenuhnya. Syukur sangat-sangat.
“Selamat hari lahir anak ku, semoga membesar dengan sihat sentiasa, dilindungi Allah SWT di setiap langkah mu anak ku.
“Menghormati semua orang tua, disayangi ramai, disayangi Allah SWT dan semoga menjadi anak yang soleh sayang Mom. Berjaya dunia akhirat kelak. Ameen Allahhuma Ameen… Sanah Helwah Anak ku Ahmet,” tulisnya.
Terdahulu, Rebecca telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.
Pelakon itu mempunyai empat cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan selain dua anak angkat, Nor Adam Daniel dan Nor Aurora Riana.