Hiburan

Ain Edruce Alami Keguguran, Tak Ada Rezeki Nak Ada ‘Baby Adik’ - “Tak Pernah Aku Rasa Sakit Macam Ini Dalam Hidup”

Asyikin Mayudin
22/04/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
Ain Edruce Alami Keguguran, Tak Ada Rezeki Nak Ada ‘Baby Adik’ - “Tak Pernah Aku Rasa Sakit Macam Ini Dalam Hidup”
Tiada rezeki untuk Ain Edruce timang cahaya mata kedua apabila pelakon dan pengacara itu berkongsi berita sedih dia mengalami keguguran.

Kongsi Momen Hamil & Keguguran

Menerusi perkongsian video di laman sosial, Ain berkongsi momen dia mengetahui dirinya hamil sehingga disahkan keguguran.
Dalam video berkenaan memperlihatkan dia dan suami serta keluarga gembira apabila mendapat berita kehamilan itu.
Namun, dalam video yang sama, Ain menceritakan dirinya mengalami pendarahan yang banyak hingga terpaksa dikejarkan ke hospital hingga akhirnya tidak dapat menyelamatkan kandungannya.
“Simpan ini untuk kenangan. Betullah orang cakap sakit gugur tu lagi sakit dari bersalin. Waktu ni aku pendarahan non stop. Tak pernah aku rasa sakit macam ni dalam hidup aku.
“Ubat painkiller paling kuat pun tak dapat fight betapa sakitnya aku masa ni,” kongsi Ain.

Anak Turut Menangis

Lebih menyayat hati apabila melihat anak sulung Ain iaitu Soraya turut bersedih ketika mengetahui situasi ibunya itu.
Ain berkata, puterinya itu berasa amat teruja untuk apabila dimaklumkan bakal mendapat adik baru namun terpaksa reda mendengar berita tersebut.
“Soraya paling happy. Asyik cium perut aku saja. Time ini aku beritahu Soraya ‘no more baby adik’. Kita dua orang menangis. Soraya cakap dekat aku ‘it’s okay later Allah give new baby adik,” tulisnya lagi.
Sekadar info, Ain mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Amirul Hafiz Mustaffa, pada Disember 2019 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Soraya.

BERITA TRENDING: Kerap Disoal Tambah Cahaya Mata Kedua, Ini Komen Ain Edruce!

BERITA TRENDING: Didakwa Garang Dengan Staf, Ini Respon Mirul & Ain Edruce!

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar