Ain Edruce Dedah Suami Tak Suka Kamera, Perangai Lain Dalam Real Life Berbanding Media Sosial
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce menyatakan bahawa suaminya, Amirul Hafiz tidak tahu menahu tentang komen negatif netizen yang dilemparkan terhadapnya.
Suami Tak Tahu Dikritik
Ain mendedahkan perkara tersebut selepas disoal sekiranya kritikan netizen sebelum ini tentang kontennya memberi kesan terhadap mental suaminya.
BERITA TRENDING: Netizen Mula Muak Dengan Content Wajah ‘Selenga’ Suami? Ain Edruce Beri Penjelasan: “Muka Itu Lah Yang Buat Saya Jatuh Cinta”
“Suami Ain tak tahu pun orang cakap macam-macam pasal dia. Suami Ain tak aktif sangat dekat Instagram, dia tak ada post gambar baru ke apa, TikTok pun dia tak ada, jadi dia tak tahu.
PILIHAN PEMBACA: Individu Kecam Konten Ain Edruce & Suami, Netizen Backup - “Kalau Tak Suka Abaikan”
“Suami Ain sebenarnya tak suka kamera...
Sementara itu, Ain turut berkongsi bahawa personaliti suaminya berbeza dengan apa yang ditunjukkan di dalam media sosial selain mengakui Amirul tidak gemar membuat konten kerana tidak suka berdepan dengan kamera.
BERITA TRENDING: “Muka Elok Tapi Bebal Pun Tak Guna Dik!” - Michael Ang Back Up Suami Ain Edruce, Bella Astillah Beri Emoji Tepuk Tangan
Sekadar info, pasangan itu sebelum ini dikritik segelintir wargamaya apabila ada yang meluahkan rasa ‘muak’ dengan konten yang dikongsikan Ain di media sosial.
BERITA TRENDING: Didakwa Garang Dengan Staf, Ini Respon Mirul & Ain Edruce!
Ain bagaimanapun tidak mudah melatah sebaliknya menerangkan bahawa video yang dibuat adalah atas dasar kenangan dan bukannya untuk meraih perhatian ramai pihak.