HIBURAN
Aisyah Aziz Bakal Tamatkan Zaman Bujang Lepas Raya, Mohon Doa Urusan Dipermudahkan
Penyanyi Aisyah Aziz memakumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihannya tidak lama lagi.
Minta doa dipermudahkan urusan
Meskipun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai pernikahannya yang dijangka bakal berlangsung selepas bulan Syawal, Aisyah bagaimanapun hanya meminta doa orang ramai agar urusannya dipermudahkan.
“Insya-Allah, mohon semua mendoakan saya. Umur saya sudah sesuai untuk berkahwin.
Dalam masa terdekat tapi bukan sebelum raya, insya-Allah selepas raya.
“Saya akan kongsikan dengan lebih selepas sah diijabkabul. Saya tak mahu terlalu berkongsi sehingga betul-betul sudah sah,” katanya.
Dalam pada itu, adik kepada penyanyi dan aktor, Aliff Aziz ini mendedahkan bahawa calon suaminya bukan dalam kalangan penggiat seni.
“Bakal suami bukan orang industri,” ujarnya lagi.
Must-Watch Video