Ajai Kongsi Video Hafiz Suip Bukan Sebab Nak Raih Perhatian - “Saya Tak Nampak Dia Nak Tinggalkan…”
Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai menjelaskan perkongsian video penyanyi Hafiz Suip pada Julai lalu bukanlah untuk meraih perhatian netizen.
Beri komitmen
Menurut Ajai, biarpun Hafiz mempunyai masalah peribadi namun penyanyi berusia 34 tahun itu tetap memberi komitmen yang terbaik dalam kerjayanya.
“Sebenarnya buat itu (kongsi) bukan untuk views, buat itu adalah untuk insan seni ke insan seni. Saya rasa rugi kalau dia berhenti apa yang Allah berikan kepada dia. Sebab selama ini, itu mata pencariannya.
“Setiap individu ada masalah masing-masing, saya tetap beri sokongan. Dalam masa dia ada masalah, dia berikan komitmen pada kerjayanya tip top, bagus budak ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Anggap Hafiz Suip Penyanyi Profesional, Ajai Terbuka Untuk Bantu Naikkan Nama Semula - “Orang Kata Dia Ada Masalah Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN: Konsert ByAjai & Mega Friends Sukses, Ada Sebab Penyanyi Jemputan Menyanyi Dua Lagu - “Walaupun Saya Ini Abang Mereka, Yang Menaikkan Mereka Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN: Ajai Kongsi Kemunculan Terbaharu Hafiz Suip, Peminat Pula Luah Rasa Rindu – “My Brother Is Back, We Love You”
“Dia berikan kerjasama yang baik sebab dia tahu itu minat dan kerjayanya,” kata Ajai menerusi temu bual menerusi program One On One dengan pengacara Farhana Ab Rahman.
Terus berkarya
Enggan mengambil tahu mengenai masalah yang dihadapi Hafiz, Ajai berkata dia hanya mahukan juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu meneruskan perjuangannya dalam bidang seni.
“Sebab itu saya tak ambil tahu masalah dia, yang saya ambil tahu, dia terus berkarya. Alhamdulillah, dia akan ada konsert sendiri. Lepas ini juga, kita akan sambung aktiviti seni dia.
“Dia akan rakam semula lagu Tak Mungkin Kerana Sayang… dia sambung balik bidang seninya. Saya tak nampak dia nak tinggalkan dunia seni sebab minatnya sangat mendalam.
“Sebab itu adalah Hafiz Suip. Kita kena hormat apa yang dia nak lakukan demi kebaikan. Itu hak individu dan saya pun tak nak dia berhenti dalam industri,” katanya lagi.