Laman Utama

AJL37: Alami Batuk Berdarah Seminggu Sebelum AJL, Shiha Zikir Nafi ‘Diganggu’; “Saya Dah Terfikir Cari Pengganti…”

Shahrin Zulkifle
13/02/2023
08:00 MYT
Sponsor Banner
AJL37: Alami Batuk Berdarah Seminggu Sebelum AJL, Shiha Zikir Nafi ‘Diganggu’; “Saya Dah Terfikir Cari Pengganti…”

Finalis Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37), Shiha Zikir mendedahkan dirinya berdepan masalah kesihatan sehingga mengalami batuk berdarah pada seminggu sebelum acara tersebut berlangsung.

Kata Shiha, dia terpaksa berjumpa dengan doktor pakar bagi menerima rawatan dan mengambil beberapa jenis ubat yang kuat bagi masalah tersebut.

Malah, dia turut mendedahkan sudah berfikir untuk mencari penyanyi gantian sekiranya masalah batuk berdarah itu tidak pulih.

Batuk berdarah

“AJL pada kali ini sangat mencabar untuk saya. Kerana saya alami batuk yang teruk sangat sehingga saya terpaksa jumpa doktor pakar dan minta tolong dia untuk berikan ubat yang kuat macam steroid serta ubat batuk yang tak pernah saya ambil.

“Malah, masa atas pentas pun ada satu part tu saya dah kering tekak, nak batuk atas pentas masa menyanyi. Batuk saya teruk sangat, dengan berdarahnya.

“Dan disebabkan masalah batuk teruk itu, saya dah terfikir untuk cari pengganti kerana risau masalah batuk saya tidak pulih.

“Tapi tak jadi untuk cari pengganti, sebab alhamdulillah suara dan masalah batuk saya semakin baik menuju hari kejadian,” katanya kepada Gempak.

Nafi ada unsur mistik

Dalam pada itu, Shiha yang juga pemenang persembahan terbaik menerusi lagu Irama menolak dakwaan sekiranya masalah yang dialami mempunyai unsur mistik.

“Saya sangat positif, tiga tahun saya masuk AJL mesti akan batuk. Tapi sekarang kan musim batuk. Saya pun sibuk dengan shooting dan penat sangat sebab itu tak sihat.

“Saya buat rawatan dan check up dengan doktor. Dah masukkan kamera dalam tekak sebab saya batuk berdarah, doktor kata tekak saya ok, saya terus rasa pelik. Mata dah berair sebab batuk teruk. Maka doktor anggap saya hanya kena gastrik.

“Kalau masalah batuk saya ini disebabkan buatan orang, saya hanya berpegang pada satu prinsip, ‘kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia’,” tambahnya.

Habis lebih RM100,000

Diminta mengulas mengenai persembahan pada AJL37, Shiha menjelaskan dia sangat berpuas hati biarpun berabis hingga ratusan ribu ringgit.

“Saya amat berterima kasih kepada semua yang terlibat dengan persembahan saya termasuk yang di belakang pentas, yang buat baju, yang fikir konsep dan lain-lain.

“Dengan kos yang sangat besar, dalam anggaran RM100,000 lebih yang pihak saya habis. Sebab kami ada guna laser. Lase itu yang mahal sebenarnya.

“Untuk persembahan saya, lebih kurang enam laser digunakan,” ujaranya lagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar