gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Anak Berjaya ‘Terjun’ Dari Tempat Tinggi, Hairul Azreen Janji Hadiah Lumayan - “Daddy Belikan Nintendo Switch 2”
HIBURAN
Pendakwah Selebriti Amang Seksual Remaja Didedah Nurul Izzah Sudah Didakwa - Polis
HIBURAN
Sharifah Shahirah Syukur Adik Temui Bahagia, Terima Baik Kehadiran Keluarga Baru - “Bagi Saya Dia Seorang Yang…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ASTRO GEMPAK ARTICLE

“Bila Habis Shooting, Saya Perasan Ada…” – Bell Ngasri Kongsi Keadaan Fattah Amin Ketika Shooting Di New Zealand

gempak
gempak
17/07/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
“Bila Habis Shooting, Saya Perasan Ada…” – Bell Ngasri Kongsi Keadaan Fattah Amin Ketika Shooting Di New Zealand
Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri mendedahkan bahawa rakan pelakonnya, Fattah Amin kelihatan sedikit terganggu dari segi emosi ketika mereka menjalani penggambaran di New Zealand, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Bell memuji sikap profesional Fattah yang tidak membiarkan emosi mengganggu mutu lakonannya ketika di set.
“Sudah tentu ia mengganggu. Pastinya dia sedih. Tapi secara profesional, saya tak nampak ia menjejaskan kerja dia langsung.
“Dalam watak dia tu, dia kena jadi seorang yang ceria, positif. Dia cuba bawa watak dengan baik, rambut pun dia buat ‘leper’ ikut karakter,” katanya kepada Gempak
Bell berkata demikian ketika diminta mengulas pengalaman bekerjasama dengan Fattah yang pada waktu sama menjadi perbualan hangat netizen kerana tidak hadir ke persembahan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.
Namun kongsi Bell lagi, perubahan emosi Fattah hanya kelihatan sebaik sahaja penggambaran tamat.
“Tapi bila habis penggambaran, saya perasan juga ada gangguan emosi sedikit.
“Saya sendiri pun nak tahu sebenarnya, tapi saya tak masuk campur. Saya tak nak ganggu.”ujarnya.
Bagaimanapun, Bell juga menegaskan dia memilih untuk tidak bertanya secara mendalam kerana menghormati ruang peribadi Fattah.
“Saya tak nak nanti dia rasa saya ni macam wartawan, macam makcik kepoh pula. Nak tahu sangat. Saya bukan macam tu.
"Saya jumpa dia hari-hari, saya kerja dengan dia. Saya cuma hormat ruang dia,” jelasnya lagi.
Terdahulu, nama Fattah menjadi bualan hangat selepas bekas isterinya, Nur Fazura berkongsi video anak mereka membuat persembahan di sekolah tanpa kehadiran pelakon itu, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.
Fattah kemudian tampil memohon maaf kepada anaknya dan menjelaskan bahawa dia tidak dapat hadir kerana menjalani penggambaran di luar negara.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement