Laman Utama

“Akhirnya Allah Hadiahkan You, Baru Kenal 10 Bulan…” - Zalif Sidek Bakal Nikah, Dijodohkan Keluarga

Mya Amri
26/02/2022
03:27 MYT
Sponsor Banner
“Akhirnya Allah Hadiahkan You, Baru Kenal 10 Bulan…” - Zalif Sidek Bakal Nikah, Dijodohkan Keluarga
Pelakon Zalif Sidek mendedikasikan coretan istimewa buat suri hidupnya, Anis Marzuki sebelum menamatkan zaman bujang hari ini.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Zalif menyatakan rasa syukur kerana dipertemukan dengan Anis.
“Akhirnya Allah SWT hadiahkan you gantikan arwah Papa untuk I yang kita baru kenal 10 bulan dan diJodohkan oleh kedua belah keluarga.
“Cantik rupanya perancangan Allah SWT dan moga kita semua berpimpin tangan bahagia hingga ke pintu syurga. Amin YRA,” coretnya.
Dalam hantaran yang sama, Zalif juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput ramai tetamu disebabkan pematuhan SOP.
“Saya dan seluruh Skeluarga memohon maaf kerana tak jemput ramai tetamu disebabkan majlis SOP di Kuantan Pahang hanya benarkan max 360 pax tetamu sahaja untuk kedua pasangan keluarga memandangkan kes COVID masih meningkat.
“Jutaan terima kasih buat semua keluarga, saudara mara yang jauh atau tak dapat hadir mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kami. Amin YRA,” kongsinya.
Dalam perkembangan terkini, Zalif dan bakal isterinya sedang bersiap-siap untuk majlis akad nikad hari ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar