Hiburan

KPM Mansuh Peperiksaan Di Sekolah Untuk Kurang Stres Murid, Rita Rudaini: “Peperiksaan Patut Kekal, Silibus Mengarut Yang Patut Tukar”

Khairil Khusyairi
27/11/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
KPM Mansuh Peperiksaan Di Sekolah Untuk Kurang Stres Murid, Rita Rudaini: “Peperiksaan Patut Kekal, Silibus Mengarut Yang Patut Tukar”
Pelakon Rita Rudaini memberi reaksi terhadap keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) yang memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan terhadap murid sekolah disebabkan mahu mengurangkan tekanan kepada murid.

Tak Patut Mansuh

Menurut Rita, dia menyifatkan keputusan memansuhkan peperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) kurang baik sebaliknya silibus yang harus diperbaiki.

“Peperiksaan tu tak stress, yang stress tu silibus. Tolong jangan beratkan silibus anak-anak.

“Peperiksaan patut dikekalkan, silibus mengarut itu yang patut ditukar.

“Bukan murid-murid je yang stress. Dengan mak pak sekali stress. Tak tau nak ajar satu hal. Cari duit lebih nak bayar cikgu tuisyen, satu tekanan pada ibu bapa,” ujarnya.

Tanya Pendapat Warga Pendidik

Dalam pada itu pelakon filem Mami Jarum itu turut berpendapat pihak kementerian sepatutnya mendapat pandangan daripada warga pendidik mengenai isu tersebut.
“Ramai yang tidak setuju dari mula-mula zaman UPSR dan PMR dihapuskan. Macam tak ada hala tuju.

“Lebih elok tanya pandangan dan pendapat dari pendidik-pendidik yang lebih arif dan bijaksana dalam bidang mereka. Apa nak jadi,” katanya lagi.

Simpati Dengan Nasib Guru

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut bersimpati dengan nasib warga pendidik susulan pemansuhan peperiksaan tersebut pada 2022.
“Nak jadi menteri kena dengar rintihan rakyat. Setiap kali tukar menteri, dasar pendidikan negara pun bertukar.

“Cikgu-cikgu belum sempat nak hafal dan hadam sistem yang lama. Dah tukar yang lain pula.

“Payah-payah mansuhkan sekali SPM untuk elak murid stress.

“Kita ibu bapa ni yang tertekan. Cikgu-cikgu tak tahu lah rasa macam mana,” tutupnya.

UPSR mula diperkenalkan pada 1988 dengan tujuan asas pada ketika itu adalah 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.
PT3 pula mula dilaksanakan sejak 2014 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Kedua-dua peperiksaan itu dimansuhkan pada 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Raih CGPA 3.842, Anak Sulung Rita Rudaini Terima Anugerah Khas Pengetua - “Fly High Rayyan”

ARTIKEL BERKAITAN: 27 Tahun Bergelar Pelakon, Rita Rudaini Bersyukur Menang Anugerah Aktres Pembantu TV Popular - “Alhamdulillah, Sampai Sekarang Orang Kenal Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama Kali Hadir Ke Anugerah Temani Ibu, Anak-Anak Harap Rita Rudaini Menang! - “Memang Saya Yang Tawarkan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak Legenda JDT' - “Aku Penat Bela Dari Kecil, Legenda? Celah Mana?”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar