Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Akhirnya... Dayah Bakar & Suami Kembali Bersama Selepas Setahun PJJ

Zulaikha Yusof 20/01/2021 | 02:40 MYT
Selesai menjalani kuarantin selama 14 hari, akhirnya pengacara Dayah Bakar, 32, kembali bersatu dengan suaminya, Muhammad Hanif Hamidi bersama anak lelaki mereka, Achbar Muhammad Fahri.
BACA: Selamat Tiba Di Australia Dengan Anak, Dayah Bakar Rasa Bercampur Baur Selepas Setahun Tak Jumpa Suami
Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar terpaksa berjauhan selama setahun disebabkan Hanif terpaksa berkhidmat di Australia.
Momen gembira itu dikongsikan menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) peminat, @dayahlova.
"Alhamdulillah mashaAllah tabarakallah. Kembali bersatu. Detik gembira untuk mereka. Terima kasih semua di atas doanya," tulisnya sebagai kapsyen.
Menerusi foto itu, Dayah yang mengenakan pakaian berwarna biru tersenyum gembira memegang Fahri sambil dipeluk Hanif.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat tumpang bahagia melihat keluarga kecil ini bersama selepas sekian lama tidak bertemu.
"@aqila_aqirtswa: Alhamdulillah.. Mesti rindu teramat kan. Berkat kesabaran tu.
"@n.syasyaizzaty: Alhamdulillah akhirnya.
"@princess_popoik: Akhirnya.. Yeayyy Fahri dah jumpa baba..
"@misslia.__: Alhamdulillah.. Tetiba mata masuk habuk la," antara komen-komen ditulis.
Dayah dan Fahri akan menetap bersama Hanif di Australia selama setahun.
Terdahulu, Dayah berkahwin dengan Hanif pada Jun 2018. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki pada 17 Ogos 2020.
BACA: Sempat Video Call Sebelum Bersalin, Dayah Bakar Timang Anak Sulung Tanpa Suami Di Sisi
#Suami #Australia #Hanif #Tentera #Dayah Bakar #Fahri
;