Viral

Akhyar Rashid Cedera Dibahagian Kepala, Dipukul & Disamun

Gempak
02/05/2024
16:08 MYT
Sponsor Banner
Akhyar Rashid Cedera Dibahagian Kepala, Dipukul & Disamun
Pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid didakwa menjadi mangsa samun dalam kejadian berlaku di Terengganu.
Difahamkan dalam kejadian itu, Akhyar yang menyertai pasukan Terengganu FC (TFC) musim ini turut mengalami kecederaan.
Punca kejadian masih lagi tidak diketahui sama ada bermotifkan rompakan atau dendam manakala keadaan terkini pemain itu juga masih menjadi tanda tanya.
Menurut maklumat yang diterima Arena Metro, Akhyar atau lebih mesra dipanggil Mat Yat cedera dibahagian kepala kerana dipukul individu tidak dikenali.
Akhyar menyertai TFC pada Februari lalu secara pinjaman dari juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Dia yang beraksi di bahagian serangan menjadi sandaran skuad Penyu untuk bergandingan bersama seorang lagi pemain yang dipinjam dari Harimau Selatan, Safawi Rasid.
Terdahulu, video mengenai kejadian menimpa Akhyar itu tersebar dalam media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp.
Menerusi video itu, kelihatan pemain kelahiran Kedah ini dikatakan sedang berada di sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan.
HARIAN METRO
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar