Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Akibat Kahwin Lain, Wanita Nekad Robohkan Rumah Bekas Kekasih

Gempak 19/08/2024 | 00:55 MYT

Seorang wanita di Pati, wilayah Jawa Tengah nekad merobohkan rumah yang dibina bersama bekas kekasihnya selepas lelaki tersebut membatalkan perkahwinan mereka.

Kekasih Kahwin Lain

Memetik laporan Tribunnews, lelaki tersebut juga dikatakan berkahwin dengan wanita lain.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @paiho, sebahagian besar bumbung dan dinding rumah tersebut diruntuhkan.

“Lelaki itu telah berkahwin dengan wanita lain...

Menurut ketua masyarakat setempat, Eko, kejadian berlaku selepas kekasih wanita itu tidak menunaikan janji untuk mengahwininya, malah dia mendirikan rumah tangga dengan gadis lain.

“Lelaki itu telah berkahwin dengan wanita lain. Rumah tersebut kemudiannya diduduki bersama isterinya, tetapi mereka sudah berpindah selepas ia dirobohkan,” kata Eko.

BERITA TRENDING: Capai Penggunaan Hampir 83%, Tanah Perkuburan Islam Kuala Lumpur Hanya Bertahan 5 Tahun Lagi

​BERITA TRENDING: 10 Prebet Tentera Telanjang, Dipukul & Dipaksa Berdiri Dalam Hujan Lebih 5 Jam

​BERITA TRENDING: Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

​BERITA TRENDING: Larikan Dua Kanak-Kanak, Penjual Goreng Pisang Dihadapkan Ke Mahkamah

Tambah Eko, dia membenarkan rumah itu dirobohkan dan mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak

Sumber: Kosmo!/ Tribunnews

#Viral #Indonesia #Kekasih #Berita #Rumah #Dunia #Roboh
;