Berita

Akibat Masalah Enjin, Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Cemas Di Hyderabad

Gempak
20/06/2024
09:19 MYT
Sponsor Banner
Akibat Masalah Enjin, Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Cemas Di Hyderabad
Gara-gara mengalami kegagalan enjin, sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) terpaksa melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Hyderabad, India.
Memetik Times of India, ketika kejadian, penerbangan MH199 membawa 138 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi menuju Kuala Lumpur.

Pesawat mendarat cemas

Penerbangan tersebut berlepas pada pukul 12.45 tengah malam (waktu tempatan). Namun, pesawat berpatah balik ke lapangan terbang dan mendarat cemas disebabkan masalah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyiasat Cipta Animasi Tunjukkan Keadaan Singapore Airlines Berdepan Insiden Gelora Udara

ARTIKEL BERKAITAN: Hadapi Gelora Udara Ketika Penerbangan, Penumpang Qatar Airways Kongsi Detik Cemas

ARTIKEL BERKAITAN: Bagasi Tak Lepas Kaunter Check-In, Aliff Syukri Rugi Ribuan Ringgit Disebabkan Urusan Bisnes Luar Negara Tergendala

ARTIKEL BERKAITAN: 12 Termasuk Enam Anak Kapal Qatar Airways Cedera Selepas Alami Gelora Udara

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Malaysia Puji Singapore Airlines Beri Bonus 8 Bulan Untuk Kakitangan - "Padu!"

Difahamkan, pesawat itu mengalami kerosakan pada enjin dan percikan api keluar daripada enjin yang terjejas. Penumpang dilaporkan terkandas di lapangan terbang berkenaan ketika pesawat masih berada di situ.
Sementara itu, laman berita NDTV melaporkan, pihak berkuasa sedang menyiasat punca kegagalan enjin itu, manakala tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sumber: Kosmo! Online
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar