Laman Utama
Akibat Terlalu Lama Menyelam, Hidung Uyaina Arshad Berdarah - "Mungkin Sebab Tekanan Dalam Air Tu Kuat Sangat"
Pelakon Uyaina Arshad, 29, berkongsi pengalaman pertamanya melakukan aktiviti menyelam (dive) bagi menjayakan montaj drama arahan Michael Ang, Love Elsa.
Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata dia berasa takut sehinggakan tenaga kerja yang terlibat terpaksa menunggunya selama dua jam.
"Sebenarnya, underwater shoot untuk pembuka montaj Love Elsa hari itu adalah pertama kali Yana dive. Memang tak pernah dive sebelum ini!
"Gementar.. Tak berani.. Memang saya berpaut saja dekat penyelam (divers) keliling saya masa itu.
"2 jam juga lah saya kat situ dan team kena tunggu. Waktu itu la buat water confidence. Waktu itu juga la kali pertama belajar nak guna tangki oksigen.
"Lepastu baju pula melambai-lambai dalam air, berat! Belum lagi tengok ikan-ikan besar dalam tangki itu.
"Michael pula nak saya graceful dalam air macam fallen angel katanya," tulisnya di Instagram (IG).
Tambah bekas Juara Pencarian Nona Manis 2015 itu, dia turut berdepan detik cemas apabila hidungnya tiba-tiba berdarah selepas kali ketiga turun ke dalam air.
Bagaimanapun, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu bangga kerana berjaya mendapatkan syot yang diinginkan serta mengatasi perasaan takut yang ada dalam diri.
"Masuk dalam air kali pertama, cuak. Kedua dan kali ketiga dah berani. Siap boleh joget dalam air. Alhamdullilah dapat juga syot! Lega..
"Tapi, naik-naik ja, hidung berdarah. Mungkin sebab tekanan dalam air tu kuat sangat kot.
"Sebenarnya, kita selalu takut dengan benda yang kita tak tahu. Sekali kita dah tahu cara, belajar skill, ada ilmu sikit, baru kita akan yakin dengan diri sendiri.
"Saya berjaya mendapatkan syot dan yang paling penting, saya berjaya mengatasi rasa takut!" tulisnya lagi.
Selain Uyaina, drama Love Elsa turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Riz Amin, Mona Allen, Ramona Zamzam dan ramai lagi.