Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mencuri perhatian ramai apabila berkongsi sedutan dirinya menari di dalam air bagi sebuah drama arahan pengarah terkenal Michael Ang, Love Elsa.

Menerusi laman sosial Instagram, Uyaina berkongsi video babak dalam air tersebut untuk tatapan umum.

“Opening montage for Love Elsa. Coming soon at Astro Megadrama.

A post shared by UA (@uyainaarshad)

“Thank you @michaelang38, thank you @underwaterworldlangkawi, thank you @abushaefhamza @behati.my for the elegant underwater dress, thank you the whole Love Elsa team,” tulis Uyaina di ruangan kapsyen.

Menerusi hantaran yang berbeza, pengarah Michael Ang turut memuat naik beberapa sedutan dalam air sebagai teaser.

Malah, babak dalam air itu turut disertai pelakon lelaki Zul Ariffin yang bergandingan bersama Uyaina dalam drama terbabit.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memuji babak Uyaina menari di dalam air tanpa sebarang alat bantuan.

“Wow bidadari air,” komen pelakon Scha Alyahya.

“Yana OMG,” kata pelakon Ramona Zamzam.

“Fuhhhh,” tulis pelakon Yusuf Bahrin.

“Best, powernya! Tengok video ni pun sendiri dah rasa lemas dalam air,” ujar seorang wargamaya.

“Yana tahan nafas ke tu? Susah tak dengan baju macam tu? Tak sabar nak tengok Love Elsa,” tanya seorang wargamaya.

“Cant wait omg, lain daripada yang lain,” sokong seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 500,000 tontonan daripada pengikutnya.