Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Aku Kesian Pada Yang Berusaha Tapi Dibayar Murah" - Farah Ahmad Buka Mulut Beza Pelakon Dan 'Retis'

ZULHILMI JALIL 19/12/2019 | 07:25 MYT
Pelakon Farah Ahmad berkongsi luahan mengenai nasib dan dilema pelakon yang benar-benar berbakat tetapi tidak mendapat tempat dalam industri hiburan tempatan.
Balu kepada Allahyarham pengarah, Pitt Hanif itu berkata, rata-rata anak seni yang berbakat tidak dipandang berikutan industri melihat kredibiliti seseorang pelakon itu berdasarkan populariti.
"Aku kasihan pada yang berusaha dan yang memang belajar, tetapi dibayar murah atau nama tak lepas di stesen televisyen atau penerbit. Ini kerana mereka bukan selebriti atau pasal isu follower Instagram.
"Sampai bila nak disogok dengan benda-benda ni. Tapi itulah nanti alasan bayaran tu jer bagi tu jerlah hmmm..tapi kalau dikaji kebanyakan pelakon hebat di Hollywood atau negara lain ada yang tiada media sosial pun.
"Tapi, ceritanya bagus dan diorang buat duit juga sebab diorang hanya jalankan kerja sebagai pelakon bukan marketing," luahnya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam pada itu, Farah, 42, turut menjelaskan bahawa sebahagian pelakon tidak gemar diri mereka digelar sebagai 'retis'.
Ini kerana, katanya, golongan 'retis' lebih dilihat sebagai individu yang bersandarkan kenapa nilai populariti semata-mata.
"Pelakon atau retis? Mmmm. dah tentu dorang pilih retis dapat bersepatu di karpet merah dan bayaran boleh demand sebab diorang retis.
"Sekarang korang faham kenapa sesetengah pelakon tak suka mereka dipanggil retis.
"Fikirlah korang nak jadi retis ke pelakon, atau lantaklah janji poket penuh," tulisnya.
Terdahulu, dalam entri berkenaan, Farah turut berkongsi sepotong video bagaimana pelakon sebenar membawakan watak tanpa mengubah sedikit pun skrip asal yang diberikan kepada mereka.

Scene mmg panjang & emosi gila dlm MARRIAGE STORY antara Scarllet Johansson & Adam Driver pengarahnya Noah Baumbatch. Nk tgk kat NETFLIX hehehe.Bbalik pd scn dlm video ni tiada 1 perkataan pun diubah ulang sekali lagi TAK ADA SATU PERKATAAN PUN DIUBAH.Kalau inilah dpt dipratikkan oleh retis2 atau saleb kat Malaysia ini kan bagus. Just follow the skrip. Ah? Ayat xsedap hehhe tu tugas PELAKON untuk deliver jadi ayat tu sedap. Sb kita mainkan watak lain bkn bwk watak diri sendiri dlm lakonan.Pasti watak itu punyai bahasa & warna dia sendiri.Tu psl script reading & rhsl penting bkn dtg bc skali lalu pastu blk.Ada yg waktu br baca pun awal2 dh xikut aduyai.. Xde pbincangan watak ssama pelakon dan pengarah... lainklah ms perbincangan ada ptukaran yg sesuai itupun dgn klulusan director & penulis.Eh lupa they r not ACTOR but they r CELEBRITIES ONLY. Bila dh bincang itu ini & rshl pmainan lbh cantik tambah plak teknikal team seronok buat camera work bagai.It's a teamwork to make the scene hidup dan drive the penonton.So fikir nk jd PELAKON atau RETIS. Mmmm..dh tentu dorang pilih retis or celebreties dpt bsepatu di karpet merah & bayaran blh demand sb dorang retis.... Yg mana dibyr mahal atau nama mlambung2 apa kata invest pd bakat diri sendiri blajar lakonan keluar dr kotak kebiasaan.Kerna korang dah ada highway yg terbentang luas so pelbagaikan pmandangan highway korang. Aku kesian pada yg brusaha & yg mmg belajar tp dibayar murah atau nama xlepas tv stesen atau produser kerna bkn selebrities or psl isu "follower instagram" Sampai bila nk disogok dgn benda2 ni.Tp tulah nanti alasan bayaran tu jer bagi tu jerlah hmmm. Yg bayar mahal pun tu jer yg korang perform korang xfikir plak. Tp kalau dikaji kbanyakkan pelakon hebat di hollywood or negara lain ada yg xde sosial media pun. To ceritanya bagus & dorang buat duit jg sb apa sb dorang hanya jalankan kerja sebagai pelakon bukan MAKERTING. . * Sekarang korang paham kenapa setengah PELAKON tak suka mereka dipanggil RETIS * FIKIRLAH KORANG NAK JADI RETIS KE PELAKON. * or lantaklah janji poket penuh hmmm...

A post shared by Farah Ahmad (@ifarahahmad) on

Katanya, kemahiran tersebutlah yang disifatkan sukar ditemui dalam kalangan pelakon kini kerana itulah gambaran sebenar seorang anak seni yang benar-benar berbakat.
Perkongsian Farah itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikut dan pelakon lain yang bersetuju dengan apa yang diutarakannya itu.
#pelakon #Pelakon #Farah Ahmad
;