Berita

“Aku Selalu Dapat Watak Buruk, Kampung, Sakit...”- Nor Albaniah

Syafiqah Jalal
11/12/2019
04:13 MYT
Sponsor Banner
“Aku Selalu Dapat Watak Buruk, Kampung, Sakit...”- Nor Albaniah
Pelakon Nor Albaniah Raffie akui dia sering kali dapat watak wanita kampung, buruk dan sakit setiap kali menerima tawaran berlakon.
Namun Nor Albaniah, 48, berkata dia tidak kisah dengan watak tersebut dan menerimanya dengan baik.
“Aku selalu dapat watak buruk, kampung, sakit. Aku tak kisah. Sebab watak tu. Aku terima. Dan aku sangat suka... peace...yooooi!” tulisnya ringkas
Pelakon era 90-an itu berkongsi luahan rasanya di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik fotonya berimej tudung seperti watak yang dikatakan.
Nor Albaniah memulakan kerjaya lakonan pada 1989. Ketika berusia 19 tahun, beliau ditawarkan oleh Ahmad Fauzee untuk menjayakan watak Tengku Noraini dalam filem Kolej 56 yang turut dibintangi oleh Raja Rezza Shah, Arif Shamsuddin dan Salwa Abdul Rahman.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024