Berita
Alat Mainan S*ks Dijual Secara Terbuka
Sejak kebelakangan ini, kecoh di laman sosial mengenai alat permainan seks yang dijual secara terbuka di cawangan kedai menjual barangan kesihatan dan kecantikan.
Menerusi tinjauan Sinar Harian di sekitar ibu kota, dua daripada enam buah cawangan yang dikunjungi menjual permainan seks berkenaan.
Terbuka
Difahamkan, permainan seks tersebut dijual mengikut kategori, dijual pada harga RM129 dan RM199.
Menurut peguam, Wan Azliana Wan Adnan, penjualan barang tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana mengedar dan menjual barang-barang berunsur lucah.
ARTIKEL BERKAITAN: Haram Memiliki ‘Sex Toys’ Di Malaysia, Wanita Ini Didenda Gara-Gara Simpan 102 Alat Permainan Seks!
ARTIKEL BERKAITAN: Sean Diddy Combs Disaman Kali Ke-9 Dari Bekas Pelakon Porno, Dipaksa Melacur
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Terkilan Individu Cuba Ambil Kesempatan Sebab Tolong Cari Rumah Sewa, Siap Perlawa Ajak Buat Hubungan S*ks
ARTIKEL BERKAITAN: KDN Rampas Alat Mainan Seks Bernilai RM70,000 – “Penjualannya Berselindung Di Sebalik Premis Kosmetik & Kesihatan"
ARTIKEL BERKAITAN: Henry Cavill Tak Minat Adegan Seks: “Tak Faham Keperluannya”
Kongsi Wan Azliana, jika penjual ditangkap, mereka hendaklah diberi hukuman penjara selama tempoh tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
“Alat mainan seks ini tidak boleh dijual secara terbuka di kedai mahupun dalam talian.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab merampas barangan terlarang tersebut dan dakwa di mahkamah,” katanya.
Sebelum ini, seorang wanita dilaporkan didenda sebanyak RM2,000 gara-gara menyimpan alat permainan seks.
Menerusi laporan yang diterbitkan oleh Astro Awani, seorang usahawan berusia 29 tahun dari Bayan Lepas, Penang menerima hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyimpan 102 alat permainan seks.
Sumber: Sinar Harian