Viral

Alice Chang Sorok Identiti, Cuba Nasib Kerja Di Kedai Aiskrim Lepas Dipecat Cium Doh Roti

Amri Hassan
14/10/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Alice Chang Sorok Identiti, Cuba Nasib Kerja Di Kedai Aiskrim Lepas Dipecat Cium Doh Roti
Nama Alice Chang kembali menjadi sebutan apabila dia tidak berputus asa untuk mencuba nasib menjadi pekerjaan baharu di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: Selepas Tular Cium Doh Makanan, Pekerja Auntie Anne’s Didakwa Ada STD?

Menerusi hantaran Facebook yang dikongsikan oleh adiknya, Adeline Chang, Alice difahamkan telah memohon kerja di sebuah kedai aiskrim di pusat beli-belah popular.
Bagaimanapun, Adeline memberitahu kakaknya itu tidak dibayar gaji biarpun hanya bekerja separuh hari di francais terbabit.
"Tak sangka penyelia Alice sanggup menipu gaji separuh harinya, tak patut sungguh. Tidak mengapalah, saya anggap itu sebagai derma untuk syarikat.
“Berita baiknya, kakak saya bekerja dengan sangat cemerlang hari ini. Seperti yang dapat diperhatikan dalam gambar, dia memakai topi dan teliti menjaga kebersihan.
“Pelanggan yang membeli daripada dia hari ini sangat bertuah," tulisnya.
Bagaimanapun, syarikat francais aiskrim Cold Stone Creamery Malaysia tampil mengeluarkan satu kenyataan menyangkal dakwaan Adeline dan memaklumkan Alice telah menyembunyikan identitinya yang sebenar ketika memohon kerja.
"Kami ingin menjelaskan bahawa dia (Alice) ada datang ke cawangan Pavilion KL untuk meminta kerja sambilan. Alice menyembunyikan identiti dirinya ketika membuat permohonan itu.
“Kami tidak mengambil dia bekerja dan dia juga tidak mempunyai akses kepada makanan.
“Sebagai langkah proaktif, kami sudah membersihkan kedai secara menyeluruh,” jelasnya.
Sebelum ini, Alice telah dipecat daripada Auntie Anne's cawangan Mid Valley Megamall serta-merta selepas isu mencium doh roti di premis berkenaan viral.
Francais makanan itu telah ditutup sementara waktu untuk proses nyahkuman dan pembersihan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024