Skip to main content

Budaya Popular

Selepas Tular Cium Doh Makanan, Pekerja Auntie Anne’s Didakwa Ada STD?

astrogempak_auntie-annes-std.jpg

Selepas isu mencium doh makanan, pekerja premis pretzel terkenal di cawangan pusat beli-belah, Auntie Anne’s didakwa mempunyai penyakit ke­lamin (STD).

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna di Platform X.

Bukan itu sahaja, berikutan kes yang tular ini, pengguna tersebut turut mendakwa pekerja tersebut merupakan adik kepada wanita yang pernah tular gara-gara tidak membayar wang tambang Grab.

“Kalau tak tahu lagi, minah ni orang cakap adik ke kakak minah yang naik grab tak bayar tu. 

“Hmm, tu la kantoi pun sebab minah tu sendiri yang post video. Tu kadang aku tekankan. Tu benda yg kantoi, benda yg tak kantoi?

“Semoga kita semua dijauhkan insya-Allah,” tambahnya lagi.

Terdahulu, pekerja tersebut dilaporkan sudah dibuang kerja selepas gambar dia mencium doh makanan berkenaan menjadi tular.

Malah, dalam satu kenyataan dikeluarkan Auntie Anne’s menyatakan, pihaknya telah membuang pekerja yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Must-Watch Video

Advertisement