Hiburan
Alif Satar Simpan Hasrat Tambah Cahaya Mata - "Best Juga Kalau ..."
Penyanyi, pelakon dan pengacara prolifik, Alif Satar akui punyai hasrat untuk menambah cahaya mata dalam waktu terdekat.
BERITA BEREKAITAN: Ismail Izzani Gembira Berbadan Sasa, Terdetik Sertai Ironman Malaysia - "Alif Satar Idola Saya!"
BERITA BERKAITAN:Pernah Tampilkan Alif Satar Untuk Kempen Kesedaran #JalanYangKuPilih, Kahf Diiktiraf Di Anugerah FMCG Asia 2024
Jelas Alif, memandangkan anak-anaknya semakin meningkat dewasa, dia kerap berseloroh dengan isterinya, Shadila Halid untuk punyai cahaya mata.
"Anak-anak saya semakin membesar, jadi bila lihat anak-anak semakin membesar teringin juga nak ada baby.
"Saya selalu juga kacau isteri, 'kan best kalau ada baby lagi', isteri cuma tersenyum sahaja.
"Tapi Insya-Allah jika ada rezeki Alhamdulillah. Untuk merancang dapatkan anak setakat ini memang tiada lagi. Keinginan nak tambah anak itu memang ada," kongsinya kepada Gempak.
Bagaimanapun, Alif menyerahkan urusan rezeki buat Yang Maha Esa percaya Allah punyai perancangan terbaik buatnya sekeluarga.
"Alhamdulillah kalau rezeki. Setakat ini saya syukur dapat lihat anak-anak besar di depan mata.
"Yang utama sekarang ini Alif dan isteri nak pastikan mereka berjaya dan cemerlang dalam pelajaran dan dapat pendidikan dunia dan akhirat dengan sempurna.
"Kalau ada rezeki (tambah cahaya mata), Insya-Allah. Doa-doakanlah," katanya.
Untuk rekod, Alif dan Shadila telah berkahwin pada 15 September 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 10, Ariana Mecca, 8, dan Muhammad ‘Ali, 6 tahun.
Must-Watch Video