Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Aliff Aziz Belikan Bunga, Coklat Bila Tahu Bella Astillah Ada 'Lelaki Lain', Tapi…

Gempak 03/05/2024 | 02:55 MYT

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.

Menerusi podcast TheCommonFolks SG, Aliff berkata, segalanya bermula pada penghujung tahun lalu, ketika dia sedang bertanding menerusi Gegar Vaganza All Stars.

Tidak dapat tidur

“Saya masih ingat tarikhnya 13 November 2023. Pada tengah malam, saya tidak dapat tidur, sebab saya rasa isteri saya lain dengan saya. Jadi, saya periksa telefon bimbitnya.

“Semuanya ok, sehinggalah saya klik pada chat yang telah diarchivedkan. Dari situ saya terus rasa seperti tidak boleh kawal diri.
“Kemudian, pagi itu, ketika dia masih tidur, saya telefon ibu bapa saya. Mereka yang sepatutnya pergi umrah, datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu saya. Ayah pesan supaya sabar dan berlagak seperti tiada apa berlaku,” katanya.
Aliff berkata, dia melakukukan konfrontasi dengan isterinya selepas dia menjayakan persembahan pada konsert mingguan All Stars Gegar Vaganza.
“Minggu itu, saya nyanyi lagu Cik Mek Molek. Dan saya sendiri tidak pasti kenapa saya dapat best performance masa itu. Tapi, di sebalik kemenangan, orang ramai tak tahu yang saya bakal confront isteri saya selepas persembahan berkenaan.

Confront

“Saya confront dia bersama keluarga saya dan juga keluarga mertua. Saya tanya dia, ada apa-apa nak cakap, tapi dia kata tiada. Sehinggalah saya keluarga bukti, dia tetap tidak mahu kongsi apa-apa.

“Saya beritahu dia yang saya maafkan dia. Dan saya cuba buat seperti tiada apa-apa. Saya layan dia sehabis baik. Saya belikan dia bunga, coklat, bawa pergi staycation. Apa yang saya buat ini dengan harapan dia dapat suami yang sepatutnya dia dapat dulu.
“Tapi dia cakap dengan saya dia sudah tawar hati. Saya baru tahu ini apa yang dia rasa sebelum ini dan saya anggap apa yang terjadi sebagai kifarah saya,” ujar Aliff.
Terdahulu, nama Aliff menjadi sebutan selepas ditangkap khalwat bersama Ruhainies. Susulan daripada itu, muncul pula individu dari Singapura yang mendakwa turut bergelar kekasih Aliff yang berkongsi tangkap layar perbualan antara Aliff dan NRF yang didakwa sebagai Ruhainies.
Sumber: Youtube

ARTIKEL BERKAITAN: Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Bunga #Coklat #Keluarga Mentua #Pujuk
;